Uncategorized

#PrayForMH370 – Kembalilah Dengan Selamat

Berita tentang kehilangan pesawat MH370 benar-benar memberikan kesan kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia sedang memerhatikan dan mendoakan agar pesawat MH370 kembali ditemui dan kesemua penumpang dan crew anak kapal berada di dalam keadaan yang selamat.
Sejak dilaporkan tentang kehilangan pesawat MH370, ramai yang berasa sedih, takut, risau memikirkan keadaan keselamatan penumpang dan crew anak kapal pesawat ini. Apatah lagi waris-waris yang setia menunggu kepulangan mereka. Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang tahu keresahan dan kepiluan setiap waris yang berada di sini, yang sentiasa mendoakan agar pesawat MH370 kembali menjejak bumi Malaysia dengan selamat.
Satu yang kita semua perlu lakukan adalah DOA… Berdoalah kepada Allah SWT, kerana Dia lebih mengetahui segala isi di bumi dan di langit ini. Dia Maha Mengetahui akan apa yang nyata dan tersembunyi. Hanya Allah sahaja yang boleh membantu rakan-rakan SAR untuk mencari dan menyelamatkan penumpang dan crew anak kapal MH370. Setiap apa yang berlaku kini, pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan. Yang pasti, Allah ingin umat-Nya kembali kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya.
Ya Allah, Ya Tuhan kami…

Temukanlah kami dengan pesawat MH370.
Sekiranya ada di langit, Kau turunkanlah…
Sekiranya ada di laut, Kau timbulkanlah…
dan Sekiranya ada di darat, Kau tunjukkanlah…
Berikanlah petunjuk kepada kami, Ya Allah…

Ameen…
#PrayForMH370, #DoakanMH370
Please stop speculating.. Please stop spreading rumors.. Please stop all the nonsense…
Pray… Pray… Pray… Allah will help us..
Kembalilah dengan selamat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *