Collagen Powder,  Kecantikan,  Kesihatan Jantung,  Kesihatan Tulang

Nutrisi Kolagen Bukan Untuk Kulit Sahaja

Semua pun tahu tentang kolagen. Dan kebiasaannya, orang akan ingat, kolagen ni untuk kulit. Ramai wanita di luar sana yang mengambil pelbagai jenis kolagen untuk mencantikkan, menganjalkan kulit. Jika anda memilih kolagen yang betul dan terbaik, sebenarnya, anda bukan sahaja dapat mencantikkan kulit, tapi anda juga akan merasakan pelbagai lagi khasiat selepas mengamalkan pengambilan kolagen yang betul.

Pemilihan kolagen yang terbaik juga penting supaya ia dapat memberi manfaat pada badan kita, dan bukannya memudaratkan badan kita. Badan kita ni perlukan nutrisi terbaik supaya dapat bekerja dengan baik. Tidak semua kolagen itu sama.

Tahu tak ada 28 jenis kolagen, dan setiap dari satu jenis ini memberikan fungsi kolagen yang berbeza. Dan yang pasti, semua ini bukan hanya untuk kulit sahaja.

Paling asas sekali, sumber kolagen yang terbesar adalah daripada 4 bahan yang utama iaitu:

  1. Sumber dari Lembu
    • Kolagen dari lembu biasanya diambil daripada kulit, tulang, serta otot lembu. Kolagen daripada sumber lembu ini dapat membantu untuk membina creatine, sekaligus dapat juga membina otot dan membantu tubuh kita untuk menghasilkan kolagen tersendiri dalam badan.
  2. Sumber dari Ikan
    • Kolagen yang paling mudah untuk diserap oleh tubuh badan kita adalah kolagen daripada kulit ikan. Ianya juga mudah diserap oleh kolagen Type 1 dari dalam badan manusia. Sebab itu, kolagen ikan adalah sangat bersesuaian dan berguna untuk manusia daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ini termasuklah untuk kulit, tulang, rawan, sendi, dan sebagainya.
  3. Sumber dari Ayam
    • Kolagen daripada sumber ayam kebanyakannya adalah kolagen Type 2. Kolagen ini sangat berguna untuk tulang rawan kita.
  4. Sumber dari membran Kulit Telur
    • Kolagen daripada kulit telur ini adalah sama jenis dengan kolagen dari ikan (Type 1). Dan, ianya juga mengandungi kolagen Type 3, 4, 6 dan juga 10.

Bagaimana kita nak memilih kolagen yang terbaik untuk tubuh badan kita? KakMah share 5 panduan mudah.

  1. Pastikan kolagen tersebut adalah kolagen Type 1. Kerana kolagen jenis ini adalah yang paling banyak terdapat dalam tubuh badan kita.
  2. Sebenarnya kolagen dalam bentuk asalnya tidak mudah diserap oleh tubuh badan manusia. Justeru itu, adalah penting untuk kita mencari kolagen yang menjalani proses hidrolisis supaya badan kita mudah menyerap dan menerima kolagen tersebut.
  3. Kolagen juga memerlukan vitamin dan nutrien lain untuk membantu penyerapan yang terbaik dalam tubuh badan kita. Pilihlah kolagen yang juga mengandungi nutrisi lain juga.
  4. Kolagen yang asalnya mempunyai rasa yang kurang menyenangkan. Justeru itu, banyak produk menghasilkan produk kolagen yang bercampur dengan gula tambahan supaya rasanya menjadi lebih sedap. Pastikan produk tersebut menggunakan pemanis natural.
  5. Kolagen dari sumber marin adalah yang paling asli, selamat, dan paling tinggi bioavailability nya berbanding dengan kolagen jenis lain. Berhati-hati apabila memilih produk kolagen, terutamanya yang harga murah kerana ia mungkin dihasilkan daripada sisa rumah sembelihan dan tidak menjalani kawalan kualiti yang baik dan ketat.

Kolagen bukan hanya untuk kulit sahaja, malah ia adalah lebih dari itu.

  • Membantu menyokong kesihatan otak/minda kita.
  • Membantu meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular (jantung).
  • Membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman.
  • Menyokong kesihatan sendi dan tulang.
  • Menyokong kesihatan tulang belakang.
  • Membantu mencantikkan serta menguatkan rambut dan kuku.
  • Membantu menyihatkan sel kulit.

Pastikan anda memilih kolagen yang betul untuk kesihatan anda. Kolagen merupakan nutrisi yang terdapat dalam seluruh badan kita. Dan pengambilan supplement adalah salah satu cara untuk menyerap kolagen secara terus.

Jalani kehidupan sihat, kurangkan stress, serta bersenam dapat membantu “boost” kan kolagen dalam badan anda secara semulajadi, selain daripada mengamalkan produk supplement kolagen yang terbaik dan selamat diamalkan.

Order sekarang untuk mendapatkan kolagen Shaklee yang terbaik untuk tubuh badan kita. Anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga 5% jika anda membeli pada bulan ini (Julai 2018). Kolagen Shaklee adalah kolagen dari sumber ikan yang bermutu tinggi.

Untuk dapatkan lebih penjimatan, anda juga boleh join kami dan daftar sebagai ahli Shaklee.

Keterangan lanjut, boleh hubungi KakMah segera.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *