Breastfeeding,  Ibu Menyusu,  Panduan Penyusuan,  Wanita

Manfaat dan Kelebihan Menyusukan Bayi (Breastfeed)

Tahu tak, susu yang terbaik untuk bayi yang baru lahir adalah susu ibu itu sendiri. Ini juga disebut di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 233. Sesungguhnya, ibu hendaklah menyusukan anak mereka sehingga berusia 2 tahun genap. Itulah yang terbaik untuk anak kita. Ramai ibu yang bila dah mula hamil, memang dah tanam niat ingin menyusukan anak mereka dengan susu ibu sendiri. Alhamdulillah, jika telah pun berniat begitu. Teruskan belajar dan fahami apa diperlukan untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu.

Banyak manfaat dan kelebihan jika ibu berpeluang untuk menyusukan anak ibu sendiri. Manfaat ini bukan hanya untuk ibu, tetapi juga untuk anak. Nak tahu apa?

Manfaat kepada Bayi

  • Susu ibu sangat berkhasiat dan kaya dengan antibodi serta hormon yang dapat membantu dan memberi perlindungan kepada bayi daripada terkena jangkitan demam, selsema.
  • Susu ibu lengkap dengan segala nutrisi diperlukan bayi.
  • Hasil kajian oleh Profesor Catharina Svanborg dari University Lund, Sweden, bayi yang disusukan mempunyai risiko rendah untuk mendapat masalah kanser.
  • Kajian oleh James W. Anderson dari University Kentucky mendapati bayi yang disusukan dengan susu ibu selama lebih 8 minggu hingga paling minima 6 bulan mempunyai IQ 5 kali lebih tinggi beranding bayi lain.

Manfaat kepada Ibu

  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal dengan lebih cepat kerana ibu merembeskan hormon oksitosin.
  • Membantu mengurangkan berat badan kerana 500 kalori ibu dibakar setiap kali sesi menyusukan bayi.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, ovari, dan masalah pre-menopause.
  • Mengeratkan hubungan ibu dan bayi kerana rangsangan dan sentuhan ibu dapat dirasai oleh bayi.

MashaAllah, seronoknya bila dapat menyusukan anak kan? Namun, ini juga adalah rezeki masing-masing. Ada yang boleh menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun. Ada juga yang sehingga 2-3 bulan, 6 bulan, setahun. Dan ada juga memang tiada rezeki langsung untuk susukan anak mereka. Bahagian masing-masing. Kita hanya perlu berusaha, doa, tawakal.

Sebab itu penting untuk kita belajar dan buat persediaan sejak dari waktu kita mula disahkan hamil. Ya, dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang. Pemakanan yang sihat membantu memberikan persediaan kepada badan kita untuk hasilkan susu. In Shaa Allah, pasti ada rezeki itu. Jika tiada, tawakal. Ingat, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.

Jika anda ingin kekal bertenaga, mengawal emosi dengan baik semasa hamil dan menyusukan anak, anda boleh mengamalkan supplement Shaklee yang lengkap dengan nutrisi yang diperlukan ibu ketika hamil, berpantang, dan sepanjang penyusuan susu ibu. Dan, anda boleh terus menerus mengamalkannya walaupun anda tidak lagi menyusukan anak anda, untuk kesihatan yang optimum. In Shaa Allah.

Untuk order dan info lanjut, anda boleh hubungi KakMah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *