Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kesihatan Wanita

Kenapa Asid Folic Penting Untuk Wanita Ingin Hamil dan Sedang Hamil

Perasan tak, wanita yang ingin hamil dan sedang hamil seringkali dikaitkan dengan asid folic. Kenapa asid folic ni penting sangat untuk wanita? Kenapa doctor akan mencadangkan asid folic kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil dan wanita yang telah pun disahkan hamil? Dan sebenarnya, wanita amat digalakkan mengamalkan asid folic sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. So, kalau agak-agak nak kahwin bulan Disember tu, dah bolehlah start makan asid folic bulan Julai ni. Hehe.

Asid folic merupakan salah satu daripada vitamin B, iaitu vitamin B9. Ia juga dikenali sebagai folate atau folacin. Asid folic merupakan bahan mentah yang penting untuk menghasilkan sel darah merah, dan juga norepinephrine dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf).

PENTING ASID FOLIC UNTUK WANITA INGIN HAMIL

❁ Asid folic membantu mensintesis bahan genetik di dalam sel badan dan normalize kan fungsi sel otak
❁ Pengambilan asid folic semasa ingin usaha untuk hamil adalah penting kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan neural tube seperti Spina Bifida
❁ Wanita yang mengambil asid folic dalam dos yang disyorkan dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi kecacatan kelahiran sebanyak 50%
❁ Wanita yang tidak mempunyai asid folic mencukupi terdedah kepada risiko keguguran

BERAPA DOS ASID FOLIC DIPERLUKAN?

✔ Wanita hamil memerlukan 600 – 800 mcg sehari
✔ Jika mempunyai sejarah keluarga yang mengalami neural tube, atau kelahiran anak pertama anda mengalami masalah neural tube, kebarangkalian anda untuk mengalami masalah yang sama adalah tinggi. Oleh itu, anda memerlukan lebih asid folic iaitu 4,000 mcg

APAKAH MAKANAN YANG TINGGI ASID FOLIC?

⚘ Hati ayam
⚘ Hati Lembu
⚘ Germa Gandum
⚘ Asparagus
⚘ Brocolli
⚘ Tembikai
⚘ Telur
⚘ Betik
dan lain-lain di link ini.

Pengambilan supplement yang mempunyai asid folic yang dicadangkan adalah suatu perkara yang lebih senang dan mudah didapati.

Hubungi kami untuk mendapatkan supplement B Complex yang lengkap dengan asid folic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *