#tsunamishaklee,  Kehamilan,  Kekeluargaan,  Kisah Seorang Ibu,  Wanita

Cerita di Sebalik Percutian di Bali

Sesekali kalau throwback, ok gak kan? Sebab time tu lah kita teringat cerita-cerita atau pengalaman yang tak dapat dilupakan. Terutama kalau kita g bercuti. Betul tak? KakMah tiba-tiba teringat pula moment honeymoon dengan husband di Bali tahun 2012. Hehe. Kasi chan la sikit, khen?

Awalnya, kami tak plan pun nak g holiday oversea sebab memang tak pernah pergi pun sebelum ni. Especially KakMah la. Husband biasalah travel ikut trip company. Hehe. Tapi masa tu, kami nak refresh dan restart new chapter. Macam KakMah pernah cerita sebelum ni, KakMah alami keguguran kandungan pertama. So, lepas dari pengalaman tu, kami rasa sedih, down. Sentiasa teringat moment tu. So, husband decide nak bawa wife dia ni travel jauh sikit, tengok culture orang.

Maka, ke Bali lah kami. Our first international trip. Husband memang suka ke tempat-tempat orang yang lain dari culture sendiri. Sebab dia suka tengok pembangunan tempat lain, building structure tempat lain. Dari situ, mungkin dia ada idea sendiri untuk kerja dia. Pada KakMah, jalan is jalan. Hehe.

Masa ni memang best. Maklumlah, pengalaman pertama bercuti di luar negara bersama mahram sendiri kan? Kami sampai di sana dah malam. So, sampai je hotel, rehat dulu untuk full day berjalan keesokannya. The next day, kami decided nak pergi jalan-jalan. Kami sewa motor, lepas tu merayau sendiri. KakMah tak ingat exactly nama tempat yang kami pergi. Haha. Tapi memang jauh. Dah lah naik motor kan? Lagilah terasa penat. Balik, terus pengsan. Tambah pula masa ni belum zaman waze lagi. So, kami kenalah rajin bertanya orang tempatan. Try and error ikut jalan tu, jalan ni. Mujur tak sesat jauh mana.

Semasa trip kami merayau ke sana sini, KakMah terjumpa dengan sepasang tourists dari Malaysia juga (bukan main, kat Malaysia tak jumpa, di negara orang gak baru jumpa kan?). Dah namanya jodoh nak bertemu di situ. Suprisingly, mereka juga macam kami, tengah honeymoon. Tapi, kisah mereka lagi sedih dari kami. Isteri dah selamat melahirkan anak pertama mereka, tapi kerana komplikasi baby, baby tak dapat diselamatkan. Allahuakbar. Bertambah terkesan sebab selama isteri hamil, mereka ni PJJ. Suami jauh di Sabah/Sarawak, isteri di Semenanjung. Guru, memang begitulah. Dah cuba merayu minta posting tempat lain pun, tak dapat. Melihatkan mereka masa tu tenang je. Redha dengan semua kejadian yang berlaku.

Lepas dah borak tu buat kami terfikir, sebenarnya, dugaan kami sikit aje jika nak dibandingkan dengan orang lain. Jadi kenapa perlu kami bersedih terlalu lama. Kami harus think positive. In shaa Allah, ada rezeki, adalah rezeki anak. Sebab itu, Allah uji kita sebanyak yang kita boleh lalui, bukannya di luar kemampuan kita. Betul kan? Dan sejak tu, kami serahkan pada Allah dan banyakkan berdoa. Kadang-kadang ada juga down, tapi bila teringat semula kisah pasangan tu, buat kami tersedar semula.

Sebab tu kami suka travel. Sampai sekarang, dah anak dua, kami masih travel. cuma dalam negara sementara ni. in shaa Allah, ada rezeki, ummi abah bawa Aisy dan Ayra travel oversea okeh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *