-
Ambil Tahu: PCOS
Biasa dengar tentang PCOS? Di kalangan wanita, PCOS ini adalah sesuatu masalah berkaitan hormon level yang sering kita dengar. Mereka yang mengalami masalah PCOS mempunyai kebarangkalian untuk sukar hamil, ini kerana mereka mengalami masalah hormon imbalance (hormon lelaki lebih daripada sepatutnya). PCOS atau Polycystic Ovary Syndrome menyerang bahagian ovari wanita, iaitu organ pembiakan yang menghasilkan hormon estrogen dan progesterone, iaitu hormon yang mengawal kitaran haid kita. Dan tahukah anda, ovari juga menghasilkan hormon lelaki iaitu androgen, tetapi dalam jumlah yang sedikit. PCOS merupakan “sindrom”, iaitu gejala yang mempengaruhi sistem ovari dan ovulasi wanita. 3 ciri utamanya ialah terdapat cyst di ovari, hormon lelaki lebih dari normal, dan period cycle yang…
-
Nutrisi Lengkap untuk Ibu Hamil
Setiap ibu yang hamil memerlukan nutrisi sihat dan seimbang sepanjang kehamilan. Dan sebenarnya, wanita yang ingin hamil perlu memulakan diet sihat ini beberapa bulan sebelum merancang kehamilan. Ini untuk memastikan ibu telah benar-benar bersedia untuk kehadiran janin di dalam rahim mereka. Nutrisi sihat ini bukan hanya untuk kebaikan ibu. Malah, ia juga membantu dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan. Seringkali kita dengar, bayi mendapatkan “makanan”nya daripada ibu, melalui tali pusat. Oleh itu, ibu perlu pastikan pemakanan hariannya adalah sihat supaya bayi juga sihat dan membesar dengan baik. Banyak risiko boleh berlaku sekiranya kekurangan nutrisi. Antaranya ialah risiko kelahiran pramatang, bacaan hemoglobin yang rendah, tekanan darah yang tidak stabil, risiko bayi…
-
8 Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu
Kehamilan adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh pasangan baru berkahwin, terutamanya. Setiap perubahan dalam diri wanita, menjadi persoalan, adakah ini tanda-tanda hamil? Bila period lewat sikit, tertanya-tanya, hamilkah aku? Betul tak? Well, it happened to me too, masa tengah TTC dulu. But, bila datang period je, terus frust. Hehe. Cepat-cepat istighfar sebab itu semua emosi negatif yang tak patut ada dalam diri KakMah. Sebab nak pregnant, kita kena sentiasa kekal positif. Sebagai pasangan suami isteri, penting untuk bekerjasama dan sentiasa memberikan sokongan pada pasangan kita. Kita tak boleh berputus asa, kena sentiasa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan rezeki mendapat zuriat. In Shaa Allah, apabila Allah tahu kita telah bersedia, rezeki…
-
Supplement Untuk Ibu Menyusu
Ibu menyusu sangat memerlukan nutrisi yang lengkap dan mencukupi supaya dapat kekal bertenaga, dapat membantu menghasilkan susu yang berkualiti. Ramai salah faham dengan pengambilan supplement. Mereka beranggapan, bila makan supplement, susu terus melimpah ruah, tanpa perlu berpenat lelah untuk menyusukan anak setiap 2 jam sekali, pam susu. Penghasilan susu terjadi apabila ibu kerap menyusukan anak, kerana dari situlah ada nya “demand”, iaitu keperluan untuk menghasilkan susu. Jika ibu tak rajin nak menyusukan anak atau pam, maka susu boleh drop sebab tiada demand. Ibu perlu faham, konsep penyusuan yang sangat penting ialah “supply & demand”. Jika ada “demand”, barulah ada “supply” (susu terhasil). Pengambilan supplement membantu ibu untuk kekal bertenaga, tidak…
-
Ambil Tahu Tentang Fibroid
Sejak kebelakangan ini kita sering dengar tentang masalah fibroid kan? Fibroid atau Leiomyomata adalah satu jenis ketumbuhan pada tisu otot rahim, namun ia bukan dikategorikan sebagai cancer. Saiz fibroid seseorang adalah berbeza, ada yang kecil dan ada juga yang besar. Dan ia juga boleh menjadi lebih daripada satu fibroid. Kira-kira 70-80% wanita adalah berpotensi mendapat fibroid, dan 30% daripadanya adalah wanita yang berusia kurang daripada 35 tahun. Tahu tak ada 4 jenis fibroid yang anda perlu tahu. Intramural – membesar di dinding uterus dan juga merupakan jenis fibroid yang sering terjadi Subserosal – tumbuh di luar kawasan uterus tetapi boleh menyebabkan kesakitan kerana saiz dan tekanannya pada organ lain Submusocal…