• 5 Cara Untuk Tahu Waktu Subur (Wanita)

    Selain ikhtiar dengan menjaga pemakanan seimbang, menjaga kesihatan, adalah penting untuk isteri tahu bilakah waktu yang sesuai untuk bersama. Atau pun, juga dikenali sebagai “waktu subur”. Salah satu usaha untuk hamil adalah dengan mengetahui bilakah waktu subur. Sesetengah wanita tak perlu tahu pun bila waktu subur, mudah untuk hamil. Alhamdulillah, rezeki buat mereka. Tapi sesetengah wanita yang mungkin lambat memperoleh zuriat, perlu tahu bilakah waktu subur. Wanita hanya subur selama 24 jam (1 hari). Dan peratusan untuk hamil sangat tinggi pada waktu subur, berbanding dengan waktu-waktu lain. Ini kerana masa subur ni lah, ovum isteri telah matang dan bersedia untuk disenyawakan. Pertama perlu tahu samada kitaran haid anda normal atau…

  • Bantu Tingkatkan Kesuburan Pasangan Dengan Set Bajet Shaklee (Tak Sampai RM500)

    Masalah kesuburan yang tidak serius masih boleh diusahakan dengan mengamalkan pemakanan sihat yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri. Tapi zaman sekarang ni, susah nak dapat makanan yang sihat, segar, dan berkhasiat. Kalau ada pun, kena masak dengan cara sendiri. Kebanyakan pasangan sekarang ni, dua-dua kerja. Jadi, tak berapa sempat nak masak sendiri kan? Oleh itu, anda boleh mengambil inisiatif lain iaitu dengan mengamalkan supplement. Ramai beranggapan supplement ni mahal. Terutama bila sebut supplement Shaklee. Ya ke mahal? Betul ke? Ish..ish..ish.. Supplement Shaklee ni sebenarnya tak mahal pun. Berbaloi dengan tempoh penggunaan dia, berbaloi jugalah dengan khasiat dia. Nama pun supplement semulajadi kan. Jadi, kepada anda yang mencari…

  • 8 Sebab Utama Kenapa Tahap Kesuburan Anda Boleh Terganggu

    Setiap pasangan yang bernikah, pasti nak kan zuriat. Ada yang merancang, ada yang tak. Ada yang nak anak awal, ada yang nak “bunting pelamin”. Macam-macam karenah suami isteri dalam merancang untuk mendapatkan zuriat. Tapi jarang kita dengar, pasangan yang tidak mahukan zuriat. Rata-rata, 99.99% pasti inginkan zuriat. Ye lah, siapa tak sayang baby? Siapa yang tak geram bila tengok baby kita sendiri membesar depan mata. Betul tak? Melainkan mereka yang bermasalah mental, yang sanggup membuang atau memotong bayi mereka sendiri. Nauzubillahiminzalik. Namun kenapa ada di kalangan kita yang agak lambat dikurniakan zuriat? Ada yang 3 bulan lepas nikah, dah disahkan hamil. Ada yang setahun, 2 tahun. Yang 10 tahun lebih…

  • Supplement Shaklee dan Kesuburan Wanita

    Wanita ada kalanya mempunyai masalah kesuburan disebabkan telur ovum yang tidak matang, atau pun mempunyai masalah lain seperti cyst, keputihan, dan sebagainya. Sel badan memerlukan nutrisi secukupnya agar dapat berfungsi dengan lebih baik dan melakukan “kerja” yang sepatutnya. Namun begitu, pemakanan harian kita kadang-kadang tidak terjaga sehingga mengabaikan jumlah nutrisi yang diambil. Supplement Shaklee membantu memenuhi nutrisi yang diperlukan, dan sekaligus dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita. Kami amat menggalakkan anda yang telah lama bernikah dan belum mempunyai rezeki memperoleh zuriat agar segera menjalani pemeriksaan, dan ketahui apakah masalah anda. Anda boleh berkongsi dengan kami, dan kami akan cadangkan supplement Shaklee yang bersesuaian dengan masalah anda. Dan In Shaa ALLAH,…

  • Lelaki Perlukan Vitamin E dan Zinc Untuk Kesuburan

    Masalah kesuburan bukan hanya terletak pada isteri. Malah suami juga ada kemungkinan mengalami masalah kesuburan. Oleh itu, sekiranya anda telah lama berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat, kami amat menggalakkan anda untuk berjumpa dengan pakar gynae, dan jalankan pemeriksaan menyeluruh bukan hanya untuk isteri malah suami juga. Apabila masalah (jika ada) telah dikenalpasti, anda akan lebih mudah untuk mendapatkan inisiatif lain seperti mencuba untuk mengamalkan pengambilan supplement atau pun melalui kaedah kehamilan moden seperti IUI, IVF. Sperma lelaki memerlukan 2 nutrisi penting untuk membantu meningkatkan kadar kesuburan dan mengaktifkan pergerakan sperma iaitu Vitamin E dan juga Zinc. Kenapa 2 nutrisi ini penting? Setiap supplement memberikan nutrisi berlainan kepada sel sperma.…