• 7 Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Diabetes

    Menurut sumber Berita Harian online yang bertarikh 15 November 2017 yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan lebih 3.6 juta rakyat Malaysia menghidapi masalah diabetes, iaitu kandungan gula di dalam darah adalah tinggi (juga dikenali sebagai kencing manis). Lebih memeranjatkan lagi ialah, separuh daripada bilangan tersebut, iaitu 1.8 juta rakyat Malaysia masih belum di-diagnosed kerana masih masih menjalani ujian saringan. Selain itu, 1.78 juta penghidap diabetes di Malaysia adalah kaum wanita. Adalah penting untuk kita menjaga pemakanan seharian, agar dapat mengelakkan daripada risiko penyakit ini. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, juga lakukan senaman ringan setiap hari untuk lebih sihat, cerdas, dan cergas. Bagi mereka yang telah di-diagnosed menghidap masalah diabetes…

  • 6 Sebab Utama Anda Perlukan Supplement Vivix (Resveratrol)

    Resveratrol adalah supplement yang tinggi khasiat anti-oksidan. Resveratrol merupakan sejenis sebatian polifenol yang yang mengandungi anti oksidan yang sangat tinggi. Resveratrol adalah bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan untuk melindungi diri dari jangkitan kuman, kulat, tekanan, sinar UV, dan banyak lagi. Polifenol adalah daripada kumpulan phytonutrien yang juga terdapat secara semulajadi dalam tumbuhan. Polifenol juga kaya dengan anti oksidan dan melindungi sel daripada rosak secara efektif. Terdapat banyak kajian tentang pengambilan resveratrol secara consistent, untuk tahap kesihatan kita. Dan, di antara kajian tersebut, terdapat 6 sebab utama kenapa kita perlukan resveratrol dalam diet seharian kita. KakMah share melalui infographic ini ya. 6 Sebab Perlunya Pengambilan Resveratrol sebagai Supplement Membantu meningkatkan ketahanan…

  • Selsema Berlarutan Jangan Dibiarkan

    Baru-baru ini, anak sulung KakMah, Aisy, dimasukkan ke wad kerana demam panas. Sebenarnya dah hampir sebulan lebih Aisy selsema. Dan selsemanya tak kebah mana pun. Pernah surut sebab ambil antibiotic Augmentin, tapi bertahan seminggu aje. Lepas tu, Aisy selsema semula. Selepas balik dari Ipoh, Aisy mula demam semula. Kali ni, panas sungguh badannya. Dah makan ubat demam, tapi tak kebah sangat pun. Lantas, KakMah pun bawa Aisy berjumpa panel dan minta reference letter untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Swasta. Suhu badan Aisy masa ni 39.0°C. Sampai di hospital, doktor dengar paru-paru, takde pula kahak atau abnormal yang lain. Tapi disebabkan Aisy dah pernah ambil antibiotic, doktor pun minta Aisy…

  • Ketahui Info Tentang Pneumonia

    Pernah dengar tak tentang Pneumonia? Pneumonia ialah jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan sakit. Bermula dengan batuk, demam, dan pernafasan yang sukar. Pneumonia ini biasa kita dengar terjadi di kalangan bayi, kanak-kanak. Namun dewasa juga boleh mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria ke dalam paru-paru. Kebiasaannya, kita lebih cenderung terkena jangkitan kuman ini selepas kita mengalami masalah selsema. Selsema menyebabkan diri kita sukar untuk melawan jangkitan kuman. Justeru, lebih cenderung untuk mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia juga boleh berlaku sekiranya anda juga merupakan pesakit kronik seperti asma, penyakit jantung, kanser, kencing manis. Apakah simptom Pneumonia? Batuk. Berkemungkinan batuk berkahak, yang…

  • Supplement Untuk Anak Hadapi Peperiksaan

    Pengambilan supplement bukan hanya bila datangnya sakit sahaja. Tapi sebenarnya, orang yang masih sihatlah yang memerlukan supplement untuk mencegah daripada masalah kesihatan. Orang kata, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebab tu, disarankan sangat untuk anak-anak yang menghadapi peperiksaan untuk menjaga kesihatan sebaiknya. Elakkan daripada demam, selsema, batuk yang mudah berjangkit dan boleh dikatakan “musim” juga, terutama waktu cuaca panas/sejuk ni. Sustained Release Vita-C Plus setiap satu biji mengandungi 500 mg vitamin C, cukup untuk keperluan seharian membantu menguatkan sistem imunisasi badan Omega Guard mengandungi Omega-3 untuk menyokong perkembangan minda juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi B-Complex lengkap dengan segala vitamin B yang diperlukan membantu menukarkan makanan kepada tenaga memantu mengawal…