-
Ketahui Info Tentang Pneumonia
Pernah dengar tak tentang Pneumonia? Pneumonia ialah jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan sakit. Bermula dengan batuk, demam, dan pernafasan yang sukar. Pneumonia ini biasa kita dengar terjadi di kalangan bayi, kanak-kanak. Namun dewasa juga boleh mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria ke dalam paru-paru. Kebiasaannya, kita lebih cenderung terkena jangkitan kuman ini selepas kita mengalami masalah selsema. Selsema menyebabkan diri kita sukar untuk melawan jangkitan kuman. Justeru, lebih cenderung untuk mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia juga boleh berlaku sekiranya anda juga merupakan pesakit kronik seperti asma, penyakit jantung, kanser, kencing manis. Apakah simptom Pneumonia? Batuk. Berkemungkinan batuk berkahak, yang…
-
Supplement Untuk Anak Hadapi Peperiksaan
Pengambilan supplement bukan hanya bila datangnya sakit sahaja. Tapi sebenarnya, orang yang masih sihatlah yang memerlukan supplement untuk mencegah daripada masalah kesihatan. Orang kata, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebab tu, disarankan sangat untuk anak-anak yang menghadapi peperiksaan untuk menjaga kesihatan sebaiknya. Elakkan daripada demam, selsema, batuk yang mudah berjangkit dan boleh dikatakan “musim” juga, terutama waktu cuaca panas/sejuk ni. Sustained Release Vita-C Plus setiap satu biji mengandungi 500 mg vitamin C, cukup untuk keperluan seharian membantu menguatkan sistem imunisasi badan Omega Guard mengandungi Omega-3 untuk menyokong perkembangan minda juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi B-Complex lengkap dengan segala vitamin B yang diperlukan membantu menukarkan makanan kepada tenaga memantu mengawal…
-
Keputihan Semasa Hamil – Mungkin GBS
Keputihan bukan hanya berlaku pada wanita bujang, anak dara. Keputihan juga boleh berlaku sekiranya anda sedang hamil. Seperti sebelumnya, ibu perlu perhatikan jenis keputihan yang ibu alami. Sekiranya keputihan tersebut putih, tidak likat, hanya berbau sedikit sahaja, itu dipanggil Leukorrhea, dan ia adalah normal. Sekiranya keputihan yang ibu alami adalah pekat, berwarna sedikit kehijauan atau kekuningan, berbau sangat tidak menyenangkan, ini adalah sesuatu yang tidak normal. Namun begitu, untuk setiap jenis keputihan yang ibu alami, jangan rahsiakan daripada doktor. Adalah penting untuk beritahu doktor atau jururawat yang merawat, agar rawatan atau ujian susulan boleh dilakukan. Pernah dengar tentang GBS? GBS ialah “Group B Streptococcus”, iaitu sejenis bakteria yang tinggal di…
-
Berat Turun Semasa Hamil?
Kebiasaannya yang kita dengar ialah kenaikan berat badan secara consistent atau mendadak semasa kehamilan. Ada yang beratnya naik mengikut peringkat/kadar yang betul, ada yang naik berkilo-kilo dalam masa beberapa minggu. Tak kurang juga, ada kes, dimana berat badan semakin berkurangan semasa hamil. Dua kes sebegini adalah amat dikhuatiri iaitu berat naik mendadak dan berat turun. Sebab itu, jika ibu mengalami masalah seperti ini, jangan biarkan berlanjutan. Dapatkan nasihat segera daripada doktor. Pengambilan nutrisi secukupnya adalah sangat penting semasa hamil. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan berat badan tidak dapat dikawal dengan baik. Sebab itu semasa hamil, ibu diwajibkan mengamalkan vitamin yang membantu melengkapkan nutrisi seimbang pada ibu dan juga bayi di dalam…
-
Gout dan Supplement Shaklee
Pernah dengar tentang masalah Gout? Dalam kebanyakan makanan yang kita ambil setiap hari, terdapat asid uric pada kadar tertentu. Gout merupakan salah satu masalah athritis yang disebakan oleh pembentukan kristal asid uric pada sendi-sendi kita. Mereka yang mengalami masalah gout mempunyai beberapa simptom yang perlu kita perhatikan. Sekiranya gout mula menyerang, segera tukar diet seharian dan elakkan makanan yang boleh menyebabkan gout bertambah kesannya. Antara simptom yang perlu dititikberatkan dan dipantau bagi mereka yang masalah gout ialah, Sakit di bahagian sendi, diikuti dengan rasa bahang, bengkak dan kemerahan Tempat yang biasa terjadi ialah di pangkal ibu jari kaki Sakit boleh berlanjutan dari jam ke hari, atau mungkin berminggu dengan bantuan…