• Perlu ke Protein Semasa Hamil?

    Bila KakMah cadangkan ESP pada mereka yang sedang hamil, ramai ragu-ragu. Boleh ke minum ESP semasa hamil? Haih. Kenapa tak boleh pula, dik? ESP ni kan sumber protein daripada soya. Protein merupakan salah satu nutrisi yang diperlukan semasa hamil. Malah, ada sukatan yang perlu dicapai setiap hari untuk mencukupkan nutrisi protein dalam badan kita seharian. So, ESP adalah salah satu ikhtiar kita untuk mendapatkan nutrisi mencukupi semasa hamil. Tapi sebenarnya KakMah nak cerita sikit kenapa protein ni sangat berguna, penting, banyak khasiat untuk ibu-ibu yang sedang hamil. Kenapa Perlu Protein Semasa Hamil? Amino acid yang membentuk protein di dalam badan kita adalah untuk membentuk blok tumbesaran dalam sel badan anda…

  • Rabun Selepas Bersalin – Betul ke?

    Jujur kata, memang orang tua ni banyak sangat pantang larang terutama ketika berpantang. Biasalah, ibu-ibu baru lepas bersalin, memang kena jaga betul-betul kesihatan mereka, badan mereka. Supaya apa yang kita lakukan semasa pantang tu, tak memudaratkan di kemudian hari. Kadang tu, kesan tak nampak pada jangkamasa pendek, tapi mula kelihatan bila dah bertahun-tahun. Contoh seperti angkat benda berat, ibu jari kaki terlanggar benda keras, pemakanan tak dijaga dengan baik. Pernah dengar tak orang tua selalu berpesan juga, kurangkan membaca semasa berpantang. Kalau dia nampak kita membaca, atau zaman sekarang ni mengadap laptop atau smartphone, confirm kena ceramah. Kononnya, kalau membaca ni, boleh buat kita pening, sakit kepala, rabun. Tapi, sejauh…

  • 8 Sebab Kesuburan Suami Isteri Boleh Terganggu

    Pasangan berkahwin ni ada masanya dikurniakan rezeki zuriat awal, ada yang lewat. Tapi kita sebagai manusia, perlu ikhtiar bersungguh-sungguh untuk capai sesuatu. Selain daripada doa, tawakal pada Allah. Bab zuriat ni, bergantung juga pada tahap kesuburan kita. Ada pasangan yang tiada masalah. Sebab tu rezeki mereka, dapat zuriat awal. Namun ada juga di antara pasangan yang diuji dengan masalah kesuburan. Dan ini menyebabkan isteri sukar untuk hamil. Masalah kesuburan bukan hanya pada wanita. Lelaki juga ada tahap kesuburan mereka. Malah, kesuburan lelaki adalah sangat penting sebab sperma mereka berjuang untuk sampai ke ovum isteri dan bersatu. Jika sperma suami lemah, kuantiti tidak mencukupi, maka kebarangkalian untuk isteri hamil juga tipis.…

  • Anak Jarak Dekat (Tak Lebih 2 Tahun) – Macam Mana Nak Handle?

    Selalu ada ibu mengeluh, penat dan letih nak uruskan 2 orang anak yang jaraknya tak lebih daripada 2 tahun. Memang lebih ideal jika jarak antara 2 orang anak lebih daripada 2 tahun. Secara logiknya, sebab yang sulung masih terlalu kecil dan perlukan perhatian ibu bapanya untuk membesar dengan penuh kasih sayang. Dan juga, sebab emosi anak-anak kurang daripada 2 tahun kadang tu sukar dijangka. Mereka juga mungkin susah untuk memahami. Bila dah dapat adik dan nampak ibu atau ayahnya lebih menumpukan perhatian pada adiknya, maka emosi dan jiwanya terganggu. Tapi kalau dah Allah beri rezeki awal, siapa kita untuk menolak? Jadi, macam mana kita nak handle situasi begini? KakMah juga…

  • Set Kehamilan Shaklee Penuhi Nutrisi Ibu Hamil

    Ibu hamil memerlukan nutrisi seimbang untuk memastikan ibu bersedia untuk menampung pembesaran bayi di dalam kandungan. Pernah dengar tak, ibu berkongsi nutrisi dengan bayi. Sebab itu, risiko ibu untuk hilang nutrisi seimbang untuk dirinya sendiri sangat tinggi, jika tidak top-up dengan pemakanan harian. Contoh paling senang ialah kalsium. Bayi yang membesar memerlukan kalsium untuk membina tulang dan tunas gigi yang sihat dan kuat. Kekurangan kalsium dalam badan ibu boleh menyebabkan bayi juga kurang mendapat khasiat kalsium tersebut. Paling membimbangkan, ibu terdedah dengan risiko osteoporosis atau masalah tulang lain. Nak ke membongkok sebelum usianya? Nauzubillahiminzalik. Sebab itu, penting untuk ibu mengamalkan pemakanan sihat setiap hari. Pastikan makanan dimasak dengan baik supaya…