• Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering

    Ramai di antara kita mengalami masalah kulit kering, terutamanya jika sentiasa berada dalam persekitaran yang sejuk seperti bilik penghawa dingin, tahap kelembapan tinggi. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Ada beberapa tips boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Antaranya ialah minum banyak air, pakai masker, jaga pemakanan, dan pemilihan skincare yang betul. Bila sebut tentang skincare ni, KakMah harap, anda semua tidak terpedaya untuk membeli regimen skincare di pasaran hanya kerana iklan da-bomb. Tapi pastikan skincare yang anda gunakan adalah semulajadi dan selamat daripada bahan kimia berbahaya. Supaya kulit anda tidak bertambah rosak akibat penggunaan skincare yang salah. Kekurangan nutrisi di dalam badan adalah antara penyebab…

  • Tips Atasi Masalah Kulit Kering

    Selain daripada masalah kulit berminyak, salah satu masalah kulit yang sering dialami oleh orang Malaysia adalah kulit kering. Masalah kulit kering sering berlaku terutama pada mereka yang bekerja di ruang pejabat. Penggunaan penghawa dingin menyebabkan suhu yang rendah dan kelembapan di ofis menyebabkan kulit menjadi kering. Masalah kulit kering bukan hanya terhad pada kulit muka, malah juga boleh terjadi di mana-mana anggota badan seperti tangan, lengan. Faktor terjadinya kulit kering Kurang minum air Faktor genetik Faktor usia Keadaan cuaca Penggunaan skincare yang salah Gangguan kesihatan Adalah tidak mustahil untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Yang penting, anda fahami dulu apakah penyebab kulit anda menjadi kering, dan cuba atasinya. KakMah kongsikan…

  • Tips Mengatasi Masalah Kulit Berminyak

    Kulit berminyak adalah antara masalah kulit yang sering kita dengar. Disebabkan keadaan cuaca dan persekitaran di Malaysia ni, kulit kita boleh menjadi semakin berminyak, berkilat. Terutama jika kita tidak menjaga dan mengawal faktor lain seperti pemakanan. Ini terjadi disebabkan kelenjar sebum menjadi terlampau aktif dan mengeluarkan sebum berlebihan. Belum campur lagi dengan masalah kulit yang lain seperti jerawat, bintik hitam, bintik putih, liang pori yang besar atau tersumbat, dan macam-macam lagi. Jangan bimbang sekiranya anda mempunyai masalah kulit berminyak. Ini kerana kulit berminyak boleh diatasi jika kena dengan gayanya. Dengan petua dan tips yang betul, bukan sahaja kulit boleh menjadi tidak berminyak, malah juga boleh menjadi semakin sihat, berseri, gebu,…

  • Cara Hilangkan Kesan Parut Chickenpox

    Pernah dengar tentang Chickenpox? Chickenpox adalah jangkitan virus varicella-zoster. Biasanya masalah chickenpox ni selalu menyerang anak-anak kecil, terutama yang berusia 2 tahun dan ke bawah. Tetapi, tidak mustahil untuk orang dewasa juga mengalami masalah chickenpox ini. Antara simptom awal ialah terdapat ruam kulit yang gatal-gatal serta lepuh. Setelah beberapa hari dijangkiti, kesan lepuh itu mula muncul dan merekah. Simptom ini mula kelihatan dalam masa 10-21 hari selepas anda bersentuhan dengan mereka yang mempunyai virus ini atau persekitaran tersebut juga dijangkiti. 90% kes adalah terdiri daripada anak-anak kecil yang berusia kurang dari 2 tahun. Namun, jika anda tergolong dalam golongan ini, anda juga berkemungkinan mengalami masalah yang sama juga: Tak pernah…

  • Nutrisi Kolagen Bukan Untuk Kulit Sahaja

    Semua pun tahu tentang kolagen. Dan kebiasaannya, orang akan ingat, kolagen ni untuk kulit. Ramai wanita di luar sana yang mengambil pelbagai jenis kolagen untuk mencantikkan, menganjalkan kulit. Jika anda memilih kolagen yang betul dan terbaik, sebenarnya, anda bukan sahaja dapat mencantikkan kulit, tapi anda juga akan merasakan pelbagai lagi khasiat selepas mengamalkan pengambilan kolagen yang betul. Pemilihan kolagen yang terbaik juga penting supaya ia dapat memberi manfaat pada badan kita, dan bukannya memudaratkan badan kita. Badan kita ni perlukan nutrisi terbaik supaya dapat bekerja dengan baik. Tidak semua kolagen itu sama. Tahu tak ada 28 jenis kolagen, dan setiap dari satu jenis ini memberikan fungsi kolagen yang berbeza. Dan…