-
Kenapa Kita Perlukan Vitamin C?
Tahu tak bahawa setiap orang sangat memerlukan nutrisi Vitamin C dalam diet seharian. Paling penting ibu hamil, ibu menyusu, kanak-kanak, dan mereka yang sememangnya memang selalu sangat dijangkiti selsema, demam. Bukan itu sahaja, mereka yang sangat menjaga kesihatan kulit dan mungkin ada masalah kulit, memerlukan Vitamin C secukupnya dalam diet harian mereka. Tapi, berapa ramai orang sahaja yang menyedari akan hakikat itu, dan mula mengamalkan pengambilan Vitamin C (samada pemakanan atau supplement) setiap hari? Setiap hari, kita memerlukan sekurang-kurangnya 500 mg Vitamin C. Tahu tak bersamaan dengan berapa biji oren setiap hari? Ia bersamaan dengan 7.5 biji oren. Eerk. Sanggup ke nak makan sebanyak tu setiap hari? Boleh jadi muak…
-
5 Masalah Biasa Dihadapi Wanita Hamil
Wanita hamil sering berdepan dengan masalah kesihatan, sekiranya tidak menjaga pemakanannya serta tahap kesihatannya setiap hari. Boleh dikatakan, masalah-masalah ini adalah masalah yang seringkali kita dengar terjadi di kalangan wanita hamil. Di antara masalah ini, ada juga yang tidak kurang bahayanya. Pelbagai komplikasi kesihatan boleh berlaku bukan sahaja pada ibu, malah juga pada bayi dalam kandungan. Antara risiko sering kita dengar ialah kelahiran pra-matang, iaitu kelahiran awal sebelum tempoh 37 minggu. Hal ini sangat merisaukan kerana penjagaan bayi pra-matang adalah tidak sama dengan bayi lain. Mereka sangat fragile, tahap sistem imunisasi mereka sangat lemah berbanding bayi yang dilahirkan selepas 37 minggu. Oleh itu, ibu perlu jaga kesihatan mereka dan juga…
-
Khasiat Omega 3 Untuk Kehamilan
Seorang ibu yang hamil memerlukan pelbagai nutrisi supaya kandungan sihat, ibu sendiri sihat dan kuat untuk “membawa” bayi di dalam kandungan. Bukan mudah, tapi ianya adalah tidak mustahil jika badan kita ni cukup dengan nutrisi yang dapat membantu ibu untuk lebih kuat, bertenaga, dan sihat. Bayangkan, apabila kandungan berusia 7, 8, dan 9 bulan. Berat bayi waktu itu boleh mencecah 3kg atau lebih. Jika nutrisi ibu tak cukup, nanti mulalah sakit pinggang, sakit badan, kaki cramp, dan macam-macam lagi. Salah satu nutrisi yang seorang ibu hamil perlukan ialah Omega-3 – EPA, dan DHA. Khasiat Omega-3 ini adalah sangat digalakkan untuk mula diamalkan sejak merancang kehamilan lagi. Kedua-dua suami dan isteri…
-
Khasiat Omega 3 Untuk Kesihatan
Salah satu nutrisi yang kita perlukan seharian adalah Omega 3. Omega 3 adalah asid lemak yang anda tak boleh abaikan dalam diet harian anda. Ianya memberikan banyak manfaat kepada tahap kesihatan kita, tidak kira peringkat umur atau jantina. Semestinya, kita boleh dapatkan khasiat Omega 3 ini daripada pemakanan harian. Terdapat beberapa jenis ikan yang kaya dengan khasiat EPA, DHA seperti Ikan Bilis, Ikan Sardin, Tuna, Ikan Tenggiri, Salmon. Cuma, kita perlu pastikan cara penyediaan makanan ini masih mengekalkan khasiat ikan itu sendiri. Kenapa Omega 3 dikatakan asid lemak yang sangat penting untuk kesihatan? Jantung yang Sihat Omega 3 dapat membantu mengurangkan masalah keradangan. Masalah jantung boleh disebabkan oleh keradangan yang…
-
Sembelit Ketika Berpantang Diatasi Dengan OsteMatrix
Ibu berpantang sangat sinonim dengan masalah sembelit. Memang seringkali kita dengar, terutama ibu yang baru sahaja lepas bersalin, mengalami kesukaran untuk membuang. Mungkin kerana trauma, mungkin juga kerana kekurangan nutrisi atau kurang air, menyebakan ibu mengalami masalah sembelit. Sakit sembelit ni sebenarnya tak dapat nak dibayangkan. Kita rasa nak membuang, sakit perut, tapi tak dapat nak keluar. Jika dipaksa, boleh menyebabkan luka pada bahagian dubur kita. Sembelit berlaku apabila pergerakan usus kita menjadi sukar atau tidak kerap. Sekiranya seseorang itu jarang membuang, mungkin seminggu kurang daripada 2 kali, risikonya untuk menghidap masalah sembelit ni lebih tinggi. Ibu selepas bersalin akan mengalami 2x kesakitan daripada orang lain. Sakit selepas bersalin dan…