Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kekeluargaan,  Kesihatan Wanita,  Perkembangan Bayi,  Wanita

Cara Mengira 10 Pergerakan Bayi Semasa Hamil

Tahniah atas kehamilan anda, Ibu. Mesti excited kan? Perasan tak, Ibu sudah boleh merasakan pergerakan bayi seawal 20 minggu kebiasaannya, terutama untuk first time mother. Bagi yang hamil kali kedua dan seterusnya, minggu ke 16 tu pun dah boleh rasa baby kicking. Walaupun tak kuat, tapi sesekali “melantun” perut. Hehe. Perasaan masa pertama kali rasa kicking tu, mesti ibu-ibu gembira kan? Sebab tahu ada satu lagi nyawa di dalam rahim kita. Syukur, Alhamdulillah.

Apabila kandungan mencecah 34 minggu ke atas, pergerakan bayi tidak sekuat sebelum ini kerana pergerakannya terhad (bayi makin membesar, rahim sempit). Sebab itu, bila kandungan telah mencecah 30 minggu, nurse dan doktor akan suruh kita pantau pergerakan bayi. Kalau tak pantau, memang kena marah. Sebab hal ini sangat serius.

10 Pergerakan Bayi

Ibu disarankan untuk mengira pergerakan bayi kerana jika bayi kurang bergerak atau kurang aktif, ia menunjukkan ada masalah lain seperti air ketuban kurang, perkembangan terbantut. Jika terlebih aktif pula, dibimbangi akan terbelit tali pusat dan ini membahayakan nyawa bayi.

Bagaimana untuk mengira 10 pergerakan bayi?

  • Kebiasaannya, ibu disarankan untuk mengira selama 12 jam. Bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
  • Sekiranya bayi bergerak bertubi-tubi (tidak berhenti) dalam satu masa, kiraannya hanyalah satu pergerakan.
  • Jika telah mencecah 12 jam iaitu 9 malam, dan pergerakan bayi tidak cukup 10 pergerakan, ibu PERLU ke hospital dengan segera untuk jalankan pemeriksaan.
  • Jika terlalu aktif, misalnya kebiasaannya jam 5 petang baru cukup 10 pergerakan. Tapi satu hari, jam 12 tengahari dah cukup 10 pergerakan. Ibu juga PERLU segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri bayi meronta-ronta di dalam kandungan kerana terbelit tali pusat. Bayi boleh lemas jika dibiarkan.
  • Catatkan pergerakan bayi dalam buku merah kehamilan, dan pantau pola pergerakan bayi.

 

Oleh itu, ibu-ibu semua. Selamat menghayati pergerakan bayi dalam kandungan. Ini adalah moment paling berharga untuk setiap ibu hamil. Tapi jangan sampai terlupa kira pergerakan bayi ya. Ini untuk keselamatan bayi dan juga anda sendiri.

Jika berminat untuk dapatkan Full Set Prenatal Shaklee, boleh hubungi Ummi.

signature 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *