Breastfeeding,  Ibu Menyusu,  Panduan Penyusuan,  Susu Ibu

Bapa dan Menyusukan Bayi (Breastfeeding)

Seorang bapa sebenarnya juga mampu “menyusukan” seorang bayi. Bukanlah bermaksud direct breastfeeding, tetapi lebih kepada galakan dan sokongan ikhlas dan berterusan daripada seorang bapa kepada ibu dalam tempoh sepanjang penyusuan bayi. Bapa memainkan peranan penting untuk meningkatkan proses pembesaran anak-anak. Hubungan kasih sayang antara anak dan bapa adalah amat penting selain daripada menyediakan nafkah untuk isteri dan anak-anak. 
Bagaimana seorang bapa boleh memainkan peranan dalam proses breastfeeding?
❤ Bapa boleh membantu dengan memberi perhatian dan kasih sayang kepada bayi yang baru dilahirkan
❤ Kajian membuktikan bahawa kasih sayang dan sokongan suami dapat memastikan penyusuan susu ibu dapat berjalan dengan lancar dan dijayakan dalam jangka masa yang lebih lama
❤ 98% ibu berjaya menyusukan bayi secara exclusive kerana mereka mempunyai pasangan yang menyokong dan menghargai penyusuan susu ibu
❤ Bapa boleh belajar tentang penyusuan bayi dan menjadi sumber rujukan utama pada ibu sekiranya ibu mempunyai masalah penyusuan
Kami ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan oleh seorang bapa untuk menyokong penyusuan bayi (breastfeeding).
☕ Bapa perlu menimba ilmu yang banyak tentang penyusuan seperti cara menyusu, posisi yang betul, dan sebagainya.
☕ Bapa perlu lebih bersedia untuk menjadi seorang pakar laktasi untuk isteri agar isteri dapat merujuk kepada suami sekiranya mempunyai masalah penyusuan
☕ Suami perlu setia memberi sokongan dan memberikan semangat kepada isteri untuk menyusukan bayi secara exclusive sehingga sekurang-kurangnya bayi berusia 6 bulan
☕ Suami boleh mengikut isteri ke kelas penyusuan bertujuan untuk mempelajari ilmu dan teknik penyusuan yang betul supaya isteri boleh rujuk pada suami
☕ Suami digalakkan untuk berada di samping isteri semasa isteri ingin bersalin supaya dapat melihat pengorbanan seorang isteri melahirkan seorang khalifah di muka bumi ini
☕ Suami boleh membantu isteri dengan menunjukkan teknik lekapan dan posisi yang betul semasa menyusukan bayi
☕ Suami perlu memberikan kata-kata semangat kepada isteri pada bila-bila masa agar emosi isteri tidak terganggu
☕ Suami perlu juga memastikan isteri makan makanan yang berkhasiat kerana makanan juga memberikan peranan untuk membantu menghasilkan susu badan
☕ Suami perlu peka kepada tanda-tanda bayi memerlukan susu ibu dan bawa bayi kepada ibu untuk disusukan
☕ Suami digalakkan untuk menjadi seorang pendengar yang baik supaya isteri dapat meluahkan segala perasaan atau tekanan samada ketika di rumah atau di tempat kerja
Mudahkan? Semoga tips kami kali ini dapat membantu anda!
Sokonglah isteri anda untuk breastfeeding kerana susu ibu sangat berkhasiat!
========================
Ingin mencari supplement Shaklee untuk membantu memberikan nutrisi kepada ibu dan bayi sepanjang proses breastfeeding? Hubungi kami!
—————————————————————–
msg/whatsapp: 0196972866
—————————————————————–

2 Comments

Leave a Reply to Pembicara Internet Marketing Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *