
Bagaimana Mengawal Kencing Manis Ketika Hamil?
Ibu hamil ni ada pelbagai ragam. Ada yang sihat dan tiada sebarang masalah, ada yang mengalami masalah berat naik mendadak, ada yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Tak lupa juga, ada ibu hamil yang mengalami masalah kencing manis ketika hamil iaitu Gestational Diabetes. Kebiasaannya, ibu-ibu tiada masalah begini semasa bujangnya, atau kehamilan lain.
Semasa hamil, tubuh badan ibu secara semulajadinya menghasilkan lebih banyak insulin untuk memenuhi keperluan bayi di dalam kandungan. Jika pankreas ibu tidak dapat meningkatkan penghasilan insulin semasa kehamilan, ia boleh menyebabkan paras gula di dalam darah semakin tinggi kerana sel juga tidak menggunakan glucose tersebut. Situasi inilah yang dikatakan Gestational Diabetes. Jika ibu di-diagnosed mengalami masalah ini, ibu perlu segera mendapatkan rawatan susulan kerana ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan bukan hanya pada ibu tapi juga pada bayi.
Namun begitu, tidak seperti jenis kencing manis yang lain, kencing manis ketika hamil ini tidak kekal (untuk kebanyakan kes). Sebaik sahaja bayi dilahirkan, paras gula dalam darah akan kembali normal seperti biasa.
Menurut kajian, 5 daripada 10 wanita berpotensi mengalami masalah Gestational Diabetes ni, terutamanya jika ibu….
- berumur 25 tahun dan ke atas
- mempunyai saudara terdekat yang mengalami masalah diabetes
- berat badan berlebihan, terutama jika BMI 30 dan ke atas
- ada masalah PCOS (polycystic ovarian syndrome)
- mempunyai masalah kesihatan seperti glucose intolerance
- mengambil ubat tertentu
- pernah mengalami masalah Gestational Diabetes di kehamilan sebelum
- pernah melahirkan anak yang berat (macrosomia)
Sebab itu, jika anda hamil pada usia 25 tahun dan ke atas, doktor akan menyuruh ibu membuat saringan kencing manis iaitu Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Tak susah pun ujian saringan ni. Caranya ialah…
- Mula puasa pada jam 10 malam sehari sebelumnya. Jangan makan, jangan minum.
- Sebelum pukul 8 pagi dah standby di klinik. Sebab kebiasaannya orang ramai.
- Ambil sample darah pertama.
- Minum air gula (glucose). Selalunya ramai yang tak tahan dengan rasa atau baunya. Satu tips KakMah nak share ialah, minum terus sampai habis. Jangan stop dan ambil masa lama nak sambung balik. Confirm rasa mual kalau gitu. Tapi kalau minum sampai habis, in shaa Allah, boleh tahan.
- Lepas minum, tak boleh makan dulu. Kena tunggu 2 jam. Kalau KakMah, KakMah suka lepak dalam kereta, tidur. Haha. Tapi kalau ada check-up lain, teruskanlah. Jangan muntah sebab kalau muntah, kena datang lain kali untuk repeat minum air gula semula. Tapi, jangan tipu nurse/doktor pula. Kalau muntah tu, terus terang. Pastikan anda mendapat result yang tepat.
- Selepas 2 jam, ambil sample darah semula.
- Selesai. Boleh makan dan balik. Kalau ada masalah, pihak hospital akan call. Kalau takde, pergi je next appointment macam biasa.
Kebiasaannya KakMah dengar, ramai ibu mengelat. Bila dah termuntah, tak nak terus terang dengan nurse. Satu, sebab malas nak datang balik untuk repeat test. Satu lagi, sebab tak suka dengan rasa air gula tu lah. Betul tak? Jangan ya. Sebab anda akan dapat result darah yang tak tepat. Dan ini boleh memberi risiko bukan sahaja pada ibu, tapi juga pada bayi dalam kandungan.
- berkemungkinan perlu bersalin awal (preterm labor).
- risiko masalah kesihatan lain
- perlukan penjagaan rapi
- ibu berisiko mengalami masalah tekanan darah tinggi atau pre-eclampsia
- berkemungkinan masalah bayi besar daripada average (macrosomia).
- komplikasi semasa bersalin
- bahu baby boleh tersekat semasa bersalin
- boleh mencederakan saraf di leher dan bahu
- cenderung untuk melahirkan bayi secara ceaser
- bayi berkemungkinan mengalami masalah kurang gula dalam darah (hypoglycemia) selepas lahir.
- bayi berkemungkinan mengalami masalah pernafasan.
Jika ibu positif mengalami masalah Gestational Diabetes ni, pastikan ibu menjaga kesihatan dengan baik. Jangan terlalu risau dan ikut saranan doktor. Antara yang ibu boleh amalkan ialah lakukan senaman ringan untuk ibu hamil, amalkan pemakanan seimbang dan sihat (berasaskan biji-bijian, protein tanpa lemak, sayur-sayuran, dan makanan lain yang boleh membantu menyingkirkan gula secara perlahan). Jika doktor suruh ambil ubat, maka ikutlah. Selain tu, juga boleh ikhtiar dengan mengamalkan supplement Shaklee yang sememangnya membantu ibu yang mempunyai masalah Gestational Diabetes.
ESP
- mengandungi khasiat protein yang membantu memberikan tenaga kepada ibu.
- protein diperlukan untuk membantu pertumbuhan bayi di dalam kandungan.
Vita-Lea
- membantu menurunkan paras glucosa dalam darah dengan membentuk insulin.
- mengandungi zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil.
- zat besi diperlukan untuk bantu memastikan bekalan hemoglobin mencukupi.
B Complex
- menukarkan gula kepada tenaga.
- mengandungi asid folic yang diperlukan untuk pembentukan saraf sempurna pada bayi yang penting untuk pembentukan tulang dan otak.
- asid folic yang mencukupi dapat mengurangkan risiko spina bifida (neural tube defects).
Sustained Release Vita-C Plus
- membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang.
- membantu meningkatkan tahap sistem imunisasi badan.
OsteMatrix
- membantu mengaktifkan pancreas untuk mengatasi masalah diabetes.
- mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D yang diperlukan untuk pembentukan tulang yang kuat dan sihat.
- membantu pembentukan gigi yang kuat.
- melindungi ibu dari risiko osteoporosis.
Omega Guard
- mengandungi omega 3 yang membantu pembentukan otak
- membantu menguatkan sendi
Supplement ini membantu memberikan nutrisi sepenuhnya kepada ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Apabila nutrisi di dalam badan seimbang dan mencukupi, badan kita akan “bekerja” sebaiknya dan mampu mengawal paras gula dalam darah daripada terus meningkat.
Untuk dapatkan set kehamilan Shaklee ini, ibu boleh terus hubungi KakMah.

