Collagen Powder,  ESP,  Kecantikan,  Kesihatan

Apa Perbezaan ESP dan Collagen?

Ramai bertanya, “apa beza ESP dengan Collagen eh?”. “Patut ambil ESP je ke, collagen je”. “Kalau ambil ESP je pun ok kan?”. Ramai keliru dan tertanya-tanya, supplement mana satu bersesuaian dengan masalah mereka, terutama jika melibatkan masalah kulit. Sebab sebenarnya, kedua-dua supplement ni adalah berkhasiat protein. Tapi, protein yang macam mana? Dan semestinya, kita amat memerlukan protein ni kan?

COLLAGEN

Collagen Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan merah laut dalam. Tahu tak, stuktur molekul dalam Collagen Shaklee adalah sangat kecil dan mudah diserap dalam badan. Sebab itu, ia sangat berkesan. Collagen merupakan protein istimewa yang terhasil daripada rangkaian asid amino tertentu, dengan nisbah tertentu. Asid amino yang membentuk collagen ialah proline, glycine, hydroxyproline, dan arginine. Ia juga dihasilkan daripada hidrogen, karbon, dan oksigen. 30% protein dalam badan kita adalah collagen. Dan tahukah anda bahawa ada bahagian tertentu dalam badan yang tinggi kandungan collagen seperti kuku, rambut, kulit, mata, otot, dan sendi.

Jadi, cuba fikir. Perlukan collagen?

ESP

ESP ialah nama singkatan bagi Energizing Soy Protein. Ianya dihasilkan daripada soya non-GMO yang juga merupakan sumber protein terbaik. Protein ini membekalkan asid amino dalam keseluruhan badan dan membantu menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.

Jadi, perlukah ESP? Fikirkan.

Jika digabungkan collagen dan ESP? Macam mana?

COLLAGEN DAN ESP

Ia diibaratkan macam kita nak bina satu rumah (badan) yang kukuh (read: sihat). Kalau kita nak bina rumah, mesti tak nak rumah tu senang roboh kan? Sebab rumah ni adalah tempat perlindungan kita. Samalah macam badan kita juga. Bayangkan asid amino dalam ESP adalah batu bata, manakala collagen adalah simennya. Bila digabungkan, betapa kukuhnya “rumah” tu. Sebab, masing-masing melengkapi antara satu sama lain.

Dah faham kenapa perlunya ESP dan Collagen Shaklee?

Tambahkan pula, collagen asal dalam badan kita ni semakin berkurangan, terutama apabila usia menginjak ke umur 30 tahun. Nak tahu time bila collagen kita sangat tinggi dalam badan? Bila time baby. Cuba usap kulit baby. Licin, gebu, mulus je kan? Anda sekarang?

So, jangan berlengah. Cepat dapatkan ESP dan Collagen Shaklee dari Kak Mah.

*Disclaimer*

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *