Apa Itu Foremilk dan Hindmilk Susu Ibu?
Biasa dengar tentang apa itu Foremilk dan Hindmilk? Kalau ibu-ibu yang menyusukan anaknya dan selalu pam/marmet, pastinya akan nampak perbezaan warna dalam susu yang dihasilkan. Betul kan? Bila kita letak dalam peti sejuk, kita akan nampak bahagian bawah botol sedikit jernih, dan bahagian atas sedikit pekat dan creamy. Itulah yang dinamakan foremilk dan hindmilk.
COLOSTRUM
- Dihasilkan di awal-awal kelahiran bayi. Kuantitinya, kadang-kadang tak banyak pun. Tapi colostrum ni sangat penting sebab dalam colostrum ni lengkap dengan segala nutrisi yang baby perlukan untuk tumbesarannya. Ia juga mengandungi nutrisi untuk menguatkan antibodi baby supaya lebih sihat. Colostrum ni sangat pekat warnanya.
Bila baby semakin membesar, susu ibu automatically akan consists of Foremilk dan Hindmilk.
FOREMILK
- Ia adalah susu yang dihisap baby di awal-awal penyusuan. Kalau pam, ia susu pertama yang keluar.
- Menghilangkan dahaga baby.
- Mengandungi kandungan lactose, protein, karbohidrat, dan vitamin yang tinggi.
- Strukturnya agak jernih. Warnanya berbeza-beza mengikut individu.
HINDMILK
- Susu yang dihasilkan setelah baby menghisap dalam tempoh beberapa ketika atau semasa pam.
- Mengandungi lebih lemak, serat, kalori untuk mengenyangkan baby, membantu tumbesaran yang lebih lancar.
- Strukturnya lebih pekat, creamy.
Disebabkan itu, ibu digalakkan untuk menyusukan anak di sebelah bahagian dulu, sehingga payudara benar-benar kosong. Supaya baby dapat kedua-dua khasiat sepenuhnya iaitu foremilk dan hindmilk. Semakin lama baby menyusu, semakin banyak hindmilk terhasil. Sekiranya baby tidak mendapat hindmilk secukupnya, baby boleh mengalami lactose imbalance dan ini boleh menyebabkan perut baby tidak selesa. Dan kesannya, baby tidak mengalami kenaikan berat badan yang sepatutnya. Selain itu, ibu juga berpotensi mengalami masalah Plugged Duct (susu tersumbat) kerana susu ibu tidak dikeluarkan sepenuhnya. Sebab itu penting, KOSONGKAN PAYUDARA ketika menyusu/pam.
Dah faham apa itu foremilk dan hindmilk? Dah dapat kesimpulannya?
- Pastikan payudara kosong selepas menyusukan baby / pam.
- Jangan tukar-tukar payudara untuk menyusukan baby. Stick to 1 sampai habis.
- Kerapkan menyusu / pam (sebaiknya 3 jam sekali). Atau, pastikan anda mengikut jadual yang tetap.
Ibu-ibu jangan runsing. Perlu sentiasa happy, jangan stress. Supaya susu lebih mudah terhasil. Stress boleh ganggu pengeluaran susu tau. Pastikan ibu-ibu mempunyai nutrisi yang secukupnya untuk kesihatan ibu sendiri dan juga baby. Susu yang dihasilkan berkongsi nutrisi dengan baby. Boleh amalkan supplement, selain daripada diet yang seimbang.
Semoga berjaya, ibu-ibu. Semoga tercapai hasrat ibu untuk menyusukan baby sehingga usianya 2 tahun. Ameen.
One Comment
Pingback: