Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kesuburan

8 Tanda Awal Kehamilan

Apakah antara petanda awal bahawa anda hamil? Pasti ini yang anda akan selalu perhatikan, terutama apabila anda melihat ada sedikit perubahan dalam diri anda. Tertanya-tanya pada diri sendiri, “Hamilkah aku?”. Kami ingin kongsikan dengan anda, 8 tanda-tanda awal kehamilan, selain daripada lewat datang haid.

8 TANDA AWAL KEHAMILAN

PAYUDARA MENJADI LEMBUT
❤ anda mungkin merasakan payudara anda semakin padat dan berat
❤ anda juga mungkin perasan warna nipple anda semakin gelap

MUDAH RASA PENAT
❤ pada permulaan kehamilan, anda akan mudah merasa keletihan / penat
❤ anda akan lebih cenderung untuk berehat, tidur

PERUBAHAN EMOSI
❤ anda akan mengalami perubahan hormone semasa hamil
❤ perubahan ini akan menjurus kepada perubahan emosi yang tidak stabil di awal kehamilan

MUDAH PENING
❤ rasa mudah pening, sakit kepala adalah antara tanda awal-awal kehamilan
❤ ia boleh disebabkan oleh perubahan hormone ataupun tekanan darah rendah

LOYA DAN MUNTAH
❤ rasa mudah loya dan ingin muntah-muntah adalah symptom kebiasaan di awal kehamilan
❤ bergantung kepada individu, dimana sesetengahnya akan mudah loya selepas hidu sesuatu, makan sesuatu

ALAH PADA BAU MAKANAN
❤ sesetengah ibu alah pada bau sesetengah makanan, walaupun makanan tersebut adalah makanan kegemarannya sebelum hamil
❤ ibu akan lebih sensitif pada bau pada awal kehamilan

 SERING MEMBUANG AIR KECIL
❤ buah pinggang anda akan memproses lebih urin semasa hamil
❤ saiz uterus anda juga semakin membesar menyebabkan lebih tekanan pada pundi kencing anda

RASA KEJANG
❤ rasa kejang atau pun spotting (darah keluar sedikit) semasa anda sepatutnya datang haid.
❤ pendarahan tersebut boleh disebabkan atau menandakan bahawa telur yang telah disenyawakan melekat pada uterus

Sekiranya anda merasakan anda ada symptom ini, anda digalakkan untuk melakukan ujian kehamilan dengan membeli pregnancy kit di farmasi. Jika kelihatan 2 line pada kit tersebut, “Tahniah, anda hamil”! Segera berjumpa dengan doktor untuk pengesahan dan juga untuk mendapatkan nasihat untuk menjaga kehamilan anda.

Jika anda sedang usaha untuk hamil, anda boleh click LINK ini untuk dapatkan set kesuburan anda. Dan jika anda telah pun hamil, set kehamilan ini dapat membantu anda sepanjang kehamilan kerana pelbagai khasiat dapat diperolehi, dan ianya lengkap.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *