Kehamilan,  Kesuburan,  Set Kesuburan

8 Sebab Utama Kenapa Tahap Kesuburan Anda Boleh Terganggu

Setiap pasangan yang bernikah, pasti nak kan zuriat. Ada yang merancang, ada yang tak. Ada yang nak anak awal, ada yang nak “bunting pelamin”. Macam-macam karenah suami isteri dalam merancang untuk mendapatkan zuriat. Tapi jarang kita dengar, pasangan yang tidak mahukan zuriat. Rata-rata, 99.99% pasti inginkan zuriat. Ye lah, siapa tak sayang baby? Siapa yang tak geram bila tengok baby kita sendiri membesar depan mata. Betul tak? Melainkan mereka yang bermasalah mental, yang sanggup membuang atau memotong bayi mereka sendiri. Nauzubillahiminzalik.
Namun kenapa ada di kalangan kita yang agak lambat dikurniakan zuriat? Ada yang 3 bulan lepas nikah, dah disahkan hamil. Ada yang setahun, 2 tahun. Yang 10 tahun lebih pun ada. Rezeki dari Allah, kita tak tahu cepat atau lambat zuriat ini akan hadir. Sungguhpun begitu, tak salah untuk kita ikhtiar. Jadi, elakkan daripada amalan yang boleh mengganggu tahap kesuburan kita. Kami nak share 8 sebab utama yang boleh mengganggu tahap kesuburan anda.
8-sebab-kesuburan-terganggu

1. Usia Wanita

  • Menurut pakar, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan apabila usia mencecah 30 tahun.

2. Gaya Hidup

  • Gemar merokok, minum alkohol, tidak mengamalkan pemakanan diet yang seimbang boleh mengganggu tahap kesuburan anda samada lelaki atau wanita.

3. Stress Melampau

  • Stress yang tidak dikawal boleh mengganggu kesuburan anda. Amalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan masalah stress.

4. Kesihatan Pasangan

  • Seperti wanita, kesuburan lelaki juga mula berkurangan apabila usia mencecah 40 tahun.

5. Gaya Pakaian

  • Kaum lelaki terutamanya perlu memilih pakaian yang bersesuaian. Pemakaian seluar atau seluar dalam yang terlalu ketat boleh mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti

6. Bilangan Sperma Rendah

  • Suami juga boleh mengurangkan kebarangkalian isteri untuk hamil jika bilangan sperma rendah. Jalani pemeriksaan di pusat kesihatan untuk mengetahui keadaan sperma anda.

7. Masalah Hormon

  • Tubuh badan wanita yang tidak dapat menghasilkan hormon progesterone yang mencukupi tidak dapat mengekalkan kehamilan (mudah gugur dan sukar hamil).

8. Pengambilan Caffeine

  • Kajian menunjukkan pengambilan caffeine boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.
Jalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Jika anda telah melakukan pelbagai usaha untuk hamil, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan nasihat pakar. Jalani pemeriksaan selanjutnya untuk ketahui jika anda bermasalah. Menurut pakar, anda perlu rujuk pakar jika usia pernikahan anda telah mencecah 1 tahun dan belum dikurniakan zuriat.
Jika ingin dapatkan supplement Shaklee untuk bantu meningkatkan tahap kesuburan anda, boleh hubungi kami untuk consultation dan untuk dapatkan produk anda.

signature 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *