GLA Complex,  Kehamilan,  Kekeluargaan,  Kesihatan,  Kesihatan Wanita,  Kesuburan

8 Sebab Kesuburan Suami Isteri Boleh Terganggu

Pasangan berkahwin ni ada masanya dikurniakan rezeki zuriat awal, ada yang lewat. Tapi kita sebagai manusia, perlu ikhtiar bersungguh-sungguh untuk capai sesuatu. Selain daripada doa, tawakal pada Allah. Bab zuriat ni, bergantung juga pada tahap kesuburan kita. Ada pasangan yang tiada masalah. Sebab tu rezeki mereka, dapat zuriat awal. Namun ada juga di antara pasangan yang diuji dengan masalah kesuburan. Dan ini menyebabkan isteri sukar untuk hamil.

Masalah kesuburan bukan hanya pada wanita. Lelaki juga ada tahap kesuburan mereka. Malah, kesuburan lelaki adalah sangat penting sebab sperma mereka berjuang untuk sampai ke ovum isteri dan bersatu. Jika sperma suami lemah, kuantiti tidak mencukupi, maka kebarangkalian untuk isteri hamil juga tipis.

Ada beberapa sebab yang boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang. Ketahui apa antara sebab tersebut dan cuba elakkan.

  1. Usia Wanita
    • Menurut pakar, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan apabila usia mula mencecah 30 tahun. Namun jika badan anda sihat, cukup nutrisi, pasti ada peluang untuk anda hamil. Ramai wanita di luar sana yang berjaya hamil walaupun usia mereka sudah pun mencapai lewat 30-an.
  2. Gaya Hidup
    • Penting untuk anda menjaga gaya kehidupan yang sihat. Sekiranya anda seorang perokok, suka minum alkohol, dan juga tidak mengamalkan pemakanan sihat (diet seimbang), ini boleh mengganggu tahap kesuburan anda. Tidak kira samada anda seorang suami atau isteri. Oleh itu, pilihlah untuk hidup sihat. Hentikan merokok, tiada lagi alkohol, dan amalkan pemakanan seimbang.
  3. Stress Melampau
    • Stress adalah salah satu radikal bebas yang boleh mengganggu tahap kesihatan sel dalaman kita. Jika anda berada dalam persekitaran yang mudah stress seperti cara kerja, cara kehidupan, pilihlah satu aktiviti yang dapat membantu anda mengatasi masalah stress ini. Pengambilan nutrisi b complex boleh membantu.
  4. Kesihatan Pasangan
    • Pasangan hidup kita perlulah sihat. Suami dan isteri perlu menjaga kesihatan dengan baik, amalkan diet seimbang, dan tinggalkan gaya hidup yang boleh merosakkan sel. Suami terutamanya, perlu memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan mereka, kerana seperti wanita, lelaki juga mula mengalami penurunan tahap kesuburan apabila usia mencecah 40 tahun.
  5. Gaya Pakaian
    • Pakaian juga memainkan peranan untuk menjaga tahap kesuburan kita, terutama pemakaian seluar untuk si suami. Seluar yang terlalu ketat boleh mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti. Ikut trend? Terpulang pada anda, tapi pastikan anda sihat dan cukup nutrisi agar masalah pakaian ini tidak mengganggu tahap kesuburan anda.
  6. Bilangan Sperma Rendah
    • Walaupun isteri sihat, keadaan rahim mereka sangat baik, namun jika bilangan sperma suami rendah dan tidak berkualiti, kebarangkalian untuk isteri hamil juga semakin tipis. Anda boleh melakukan pemeriksaan di hospital untuk mengetahui tahap kesuburan sperma anda.
  7. Masalah Hormon
    • Hormon progesterone adalah sangat penting untuk wanita yang ingin hamil. Jika tubuh badan isteri tidak dapat menghasilkan hormon progesterone yang mencukupi, ada kemungkinan untuk isteri tidak dapat mengekalkan kehamilannya, iaitu samada keguguran atau sukar untuk hamil.
  8. Pengambilan Caffeine
    • Selain rokok, alkohol, stress, pengambilan caffeine berlebihan juga boleh mengganggu kemampuan telur yang disenyawakan untuk melekat di dalam uterus isteri. Jadi, kurangkan pengambilan caffeine. Jangan terlalu bergantung pada caffeine setiap hari.

Secara kesimpulannya, kehidupan yang sihat adalah sangat penting. Pemakanan sihat, diet seimbang, bersenam, elakkan daripada radikal bebas menyerang sel dalaman kita. In Shaa Allah, pasti ada rezeki untuk isteri hamil dan seterusnya bergelar ibu dan ayah. Paling penting, jangan putus doa dan teruskan berusaha, ikhtiar.

Jika usia pernikahan anda telahpun mencecah lebih 1 tahun dan belum ada rezeki untuk hamil, segera rujuk pada pakar. Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk ketahui tahap kesuburan anda dan pasangan, dan sekiranya ada masalah lain yang menyukarkan isteri untuk hamil.

Jika anda ingin ikhtiar dengan mengamalkan supplement Shaklee, yang membantu untuk memberikan nutrisi seimbang dan yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kesuburan, anda boleh hubungi KakMah untuk dapatkannya. KakMah dan suami juga ikhtiar mengamalkan supplement Shaklee setelah 2 tahun lebih berkahwin. Alhamdulillah, dengan izin Allah, KakMah hamil selepas kami consistent mengamalkan supplement Shaklee selama sebulan.

Baca cerita conceive KakMah di sini.

Hubungi KakMah untuk mendapatkan product Shaklee anda. KakMah sedia membantu dan pasti memberikan konsultasi percuma dan terbaik untuk anda.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *