Anti-Oksidan,  Kesihatan Tulang,  Lutut Sakit,  Panduan Kesihatan,  Sakit Lutut,  Vivix

7 Sebab Kenapa Resveratrol Bagus Untuk Sendi (Joints)

Sendi adalah salah satu komponen penting pada bahagian “joints” kita seperti di lutut. Namun, ramai yang mengalami masalah sakit lutut, walaupun di usia mudanya. Kesihatan sendi perlu dijaga sejak dari awal lagi. Pengambilan kalsium, omega-3 adalah salah satu ikhtiar dan merupakan nutrisi diperlukan untuk kesihatan sendi dan tulang yang sihat dan kuat. Adakah anda tahu, bahawa, resveratrol juga dapat membantu menguatkan sendi dan meningkatkan kesihatan sendi.

Apa itu Resveratrol?

Resveratrol merupakan sebatian polifenol semulajadi yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan untuk melindungi diri mereka daripada dirosakkan oleh pathogens (sejenis agent yang menyebarkan penyakit). Apabila ia dijadikan sebagai supplement dan diamalkan oleh kita, resveratrol bertindak sebagai anti oksidan dan dapat membantu melindungi sel kita daripada rosak. Resveratrol boleh didapati daripada bahan semulajadi seperti anggur, buah, kacang.

Apakah 7 sebab kenapa Resveratrol berupaya dalam membantu mengurangkan masalah sendi (arthritis)?

1. Resveratrol bertindak pada genes untuk mengurangkan masalah arthritis

  • Beberapa jenis athritis adalah berkaitan dengan gangguan genetik, seperti rheumatoid arthritis. Menurut kajian, resveratrol dapat berinteraksi dengan faktor transkripsi sel yang juga dikaitkan dengan gejala arthritis dan berupaya untuk menghalangnya. Ia turut menunjukkan bahagian tulang rawan yang bertambah kuat.

2. Resveratrol melindungi sendi

  • Arthritis berlaku apabila berkurangannya tulang rawan. Menurut kajian, kehadiran resveratrol dalam badan membantu menghalang bermulanya masalah arthritis kerana ia memantau enzim dan melegakan kerosakan yang disebabkan oleh tisu.

3. Resveratrol dapat menghalang arthritis menjadi semakin teruk

  • Apoptosis adalah sejenis sel yang bahaya kerana ia boleh merosakkan tulang rawan dan dapat melemahkan sendi. Menurut kajian, resveratrol dapat melambatkan aktiviti sel apoptosis dan ini dapat mencegah daripada berlakunya kerosakan tulang rawan.

4. Resveratrol meningkatkan pertahanan anti oksidan

  • Kita sememangnya terdedah dengan serangan radikal bebas. Dalam badan kita ni pun sebenarnya memang dah ada radikal bebas. Apabila kadar pengumpulan radikal bebas lebih tinggi daripada kadar penghapusan, maka tekanan oxidative wujud. Dan inilah yang menyebabkan bermulanya masalah sendi (arthritis) kerana radikal bebas ini bertindak pada sendi dan mempercepatkan proses penuaan.
  • Kajian menunjukkan kehadiran polifenol di dalam resveratrol dapat membantu mencegah masalah arthritis kerana ia menghalang radikal bebas daripada menyerang badan. Ia juga dapat meningkatkan daya ketahanan sel.

5. Resveratrol mengandungi kesan anti-keradangan

  • Keradangan adalah salah satu punca pembengkakan dan sakit di bahagian sendi. Ini terjadi kerana tindak balas sistem imunisasi badan kita ingin menghalang daripada kerosakan DNA di bahagian tersebut. Kajian menunjukkan resveratrol berpotensi untuk melindungi sendi terhadap kesan keradangan arthritis.

6. Resveratrol membantu menurunkan berat badan

  • Obesiti merupakan antara faktor yang boleh melemahkan sendi. Lemak berlebihan di dalam badan menghasilkan terlalu banyak beban dan ini melemahkan kekuatan collagen yang bertanggungjawab untuk melindungi tisu-tisu yang berhubung. Kajian menunjukkan resveratrol dapat membantu mencegah daripada kenaikan berat badan yang melampau. Resveratrol memberikan nutrisi penting yang diperlukan oleh serat collagen dan tisu yang sihat.

7. Resveratrol melindungi dan menguatkan tisu tulang

  • Keseimbangan antara mekanisma anabolic dan catabolic adalah penting untuk mengekalkan kesihatan rawan. Resveratrol dapat membantu meningkatkan pembentukan catabolic yang bertanggungjawab untuk arthritis expression. Oleh itu, resveratrol dapat membantu mencegah pengurangan tulang rawan dan meningkatkan kestabilan tulang.

Shaklee telah menghasilkan supplement berasaskan resveratrol. Salah satu perbezaan di antara Vivix dan jenama lain ialah satu sudu vivix adalah bersamaan dengan khasiat resveratrol dalam 100 gelas wine. Apa lagi yang membezakan vivix berbanding product lain di pasaran?

Vivix dihasilkan daripada kajian terperinci selama bertahun-tahun. Dan ianya diuji secara klinikal untuk memastikan ianya selamat diamalkan. Semestinya, penghasilan product Shaklee, termasuk vivix, adalah 100% semulajadi. Shaklee akan memastikan khasiat asal bahan semulajadi tersebut kekal di dalam supplement.

Berminat untuk mendapatkan Vivix? Hubungi KakMah segera.

*Disclaimer*

Sumber daripada website Natural Arthritis Treatments.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *