
6 Tips Jayakan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerjaya
Salah satu kerisauan yang ada pada ibu bekerjaya adalah bagaimana untuk menjayakan penyusuan susu ibu selepas kembali ke rutin bekerja. Bekerja di syarikat yang mesra penyusuan susu ibu adalah satu kelebihan kepada ibu. Tetapi untuk mereka yang mempunyai masalah, bagaimana pula? Kami ingin kongsikan dengan anda beberapa tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
❥ Sertai kelas-kelas laktasi yang dianjurkan oleh pihak hospital kerana mereka akan mengajar anda kebaikan susu ibu, kaedahnya, dan banyak lagi tips menarik
❥ Amalkan posisi yang betul dan selesa untuk anda dan bayi
❥ Anda juga digalakkan untuk mengamalkan teknik Marmet
❥ Sewaktu anda sedang pam susu samada di pejabat atau di rumah, anda digalakkan untuk membayangkan hal-hal yang indah, menatap gambar bayi anda kerana ia membantu untuk menghasilkan suatu hormon yang memberi ketenangan kepada anda
❥ Anda digalakkan untuk makan sayur-sayuran, buah-buahan, supplement yang memberikan kandungan nutrisi mencukupi
❥ Setiap kali bayi menyusu secara terus, ia memberi petunjuk kepada minda anda bahawa bayi anda memerlukan susu dan ia akan menggalakkan penghasilan susu
Semoga tips kami ini dapat membantu anda! Jayakanlah penyusuan susu ibu kerana susu anda adalah yang terbaik untuk bayi anda. Semoga berjaya!
**Disclaimer**