Ibu Hamil,  Kehamilan,  Perkembangan Bayi,  Set Hamil,  Testimoni Set Kehamilan,  Testimoni Set Shaklee

5 Masalah Biasa Dihadapi Wanita Hamil

Wanita hamil sering berdepan dengan masalah kesihatan, sekiranya tidak menjaga pemakanannya serta tahap kesihatannya setiap hari. Boleh dikatakan, masalah-masalah ini adalah masalah yang seringkali kita dengar terjadi di kalangan wanita hamil. Di antara masalah ini, ada juga yang tidak kurang bahayanya. Pelbagai komplikasi kesihatan boleh berlaku bukan sahaja pada ibu, malah juga pada bayi dalam kandungan.

Antara risiko sering kita dengar ialah kelahiran pra-matang, iaitu kelahiran awal sebelum tempoh 37 minggu. Hal ini sangat merisaukan kerana penjagaan bayi pra-matang adalah tidak sama dengan bayi lain. Mereka sangat fragile, tahap sistem imunisasi mereka sangat lemah berbanding bayi yang dilahirkan selepas 37 minggu.

Oleh itu, ibu perlu jaga kesihatan mereka dan juga bayi dalam kandungan. Pastikan setiap kali check-up, tahap kesihatan diuji untuk memastikan semuanya dalam keadaan normal.

5 masalah yang sering dihadapi wanita hamil.

MASALAH 1: BACAAN HEMOGLOBIN (Hb) TIDAK STABIL

Hemoglobin adalah protein yang terdapat di dalam sel darah merah. Fungsinya adalah untuk membawa oksigen di serata badan kita. Ibu hamil perlu mendapatkan bacaan lebih daripada 11 g/dL. Jika bacaannya kurang daripada 11, sudah semestinya, pihak klinik kesihatan akan pantau sekerap mungkin untuk memastikan bacaan hemoglobin kembali stabil. Jika bacaan tidak meningkat, ada kemungkinan risiko anemia. Dan ini, sangat membahayakan ibu dan juga bayi.

MASALAH 2: BACAAN TEKANAN DARAH TIDAK STABIL

Tekanan darah terlalu tinggi atau rendah juga boleh membahayakan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Sebab itu, setiap kali pemeriksaan kesihatan, tekanan darah ni memang wajib untuk ibu buat, sebab nak pastikan tekanan darah ibu stabil. Banyak faktor menyumbang kepada tekanan darah tidak stabil. Antaranya ialah tahap kolesterol tinggi, emosi tidak stabil (stress), dan macam-macam lagi.

MASALAH 3: KENAIKAN BERAT BADAN MELAMPAU

Ini adalah antara perkara yang dirunsingkan serta dirisaukan oleh semua ibu hamil, iaitu kenaikan berat badan yang sangat melampau. Ada juga kes, dimana tiada kenaikan berat badan. Ideally, setiap bulan, ibu akan mengalami pertambahan berat badan sekitar 1-2kg. Seiring juga dengan kenaikan berat bayi di dalam kandungan. Oleh itu, kenaikan berat badan sehinggalah ke waktu bersalin adalah sekitar 10kg. Namun, ada juga ibu yang mengalami kenaikan sehingga 20kg atau lebih. Ada juga ibu yang hanya mengalami kenaikan tak sampai 10kg. Dalam apa jua situasi, paling penting adalah kesihatan ibu perlu mantap.

MASALAH 4: KENCING MANIS KETIKA HAMIL (GDM)

Salah satu jenis kencing manis ialah GDM, iaitu Gestational Diabetes Mellitus. Ianya terjadi hanya ketika ibu sedang hamil. Kebiasaannya, mereka ini tiada sejarah kencing manis pun sebelum kehamilan. Namun, perubahan hormon semasa hamil memungkinkan si ibu mengalami masala GDM ini. Penting untuk ibu ambil berat dan serius tentang ujian kencing manis, iaitu dengan pengambilan air gula. Kebiasaannya, mereka berusia 30 tahun ke atas, perlu minum air gula ini sebanyak 2 kali sepanjang kehamilan. Ujian ini penting untuk memastikan tahap gula dalam darah ibu stabil. Jika positif GDM, ibu perlu mengawal pemakanan dengan baik.

MASALAH 5: SERING KEJANG (CRAMP) KAKI

Masalah paling utama sekali ialah cramp kaki. Terutama bila usia kandungan telah pun mencecah 5-6 bulan. Apabila kalsium di dalam badan ibu semakin berkurangan disebabkan bayi di dalam kandungan berkongsi nutrisi kalsium ibu, maka kebarangkalian ibu mengalami masalah cramp kaki ini sangat tinggi. Apatah lagi selepas ibu melalui hari yang panjang dan memenatkan. Justeru, ibu perlu pastikan pengambilan susu setiap hari untuk memastikan anda cukup 1,000mg kalsium setiap hari.


Supplement lengkap untuk setiap ibu hamil, bermula dari saat anda disahkan hamil sehinggalah ke waktu berpantang anda. Supplement ini lengkap dengan kesemua nutrisi diperlukan ibu hamil, iaitu zat besi, protein, vitamin c, asid folic, kalsium, dan juga omega-3.

Setiap nutrisi ini membantu ibu hamil untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan, serta membantu perkembangan bayi di dalam kandungan.

Testimoni?

Sihat bertenaga ketika hamil. Puan Illiani tidak mengalami alahan sepanjang kehamilan. Beliau amalkan set hamil Shaklee.

 

Bacaan hemoglobin (Hb) Puan Aina semakin naik dan stabil dalam masa 11 hari selepas benar-benar consistent mengamalkan set hamil Shaklee.

Berminat untuk dapatkan supplement kehamilan ini untuk menyokong kehamilan anda, boleh hubungi KakMah segera untuk mendapatkan kehamilan anda. Anda boleh mula mengamalkan supplement ini semasa anda usaha untuk hamil lagi dan teruskan sepanjang kehamilan dan selepas anda bersalin nanti.

Supplement ini juga membantu anda untuk bersedia untuk menyokong penyusuan susu ibu kelak.

Hubungi KakMah sekarang.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *