Anti-Oksidan,  Keletihan,  Kesihatan,  Panduan Kesihatan

15 Simptom Kanser Yang Anda Perlu Titik Beratkan

Kita lebih tahu akan diri kita sendiri. Kita boleh sedar sekiranya ada sesuatu yang berlainan atau perubahan yang dialami badan kita. Oleh itu, untuk sebarang perubahan tersebut, sekiranya ia termasuk di dalam 15 simptom ini, anda digalakkan untuk terus berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan selanjutnya. Jangan biarkan berlarutan. Jika masalah kesihatan dapat diagnosed lebih awal seperti kanser atau masalah lain, anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda sendiri dengan mengikuti treatment yang disediakan dan disarankan oleh doktor anda. Jangan diamkan diri tau.

  1. Perubahan pada kulit
    • Wujudnya spot baru pada kulit atau spot yang berubah size, bentuk, warna.
    • Ada tanda yang kelihatan berlainan daripada sebelumnya.
    • Petanda cancer kulit.
  2. Batuk yang berpanjangan
    • Batuk berdarah dan berpanjangan, terutama jika anda seorang perokok.
    • Petanda cancer paru-paru.
  3. Perubahan pada payudara
    • Terdapat ketulan, perubahan pada nipples atau discharge, kemerahan, atau rasa sakit pada payudara.
    • Petanda breast cancer.
  4. Perut kembung
    • Perut kembung yang berlarutan, dalam masa yang sama mengalami masalah penurunan berat badan, keletihan, sakit belakang.
    • Petanda cancer ovari.
  5. Masalah pembuangan air kencing
    • Lelaki yang kerap membuang air kencing, tidak dapat mengawal air kencing.
    • Petanda cancer prostat.
  6. Nodus Limfa yang bengkak
    • Bengkak pada bahagian nodus limfa seperti di leher, armpits, dan tempat lain.
    • Petanda lymphoma atau leukemia.
  7. Keluar darah semasa pembuangan
    • Keluar darah tidak kira samada anda buang air kecil atau besar.
    • Petanda hemorrhoids, colon cancer, jangkitan kuman, buah pinggang, atau kanser pundi kencing.
  8. Perubahan pada testis
    • Rasa bengkak atau perubahan pada testis.
    • Petanda testicular cancer.
  9. Susah untuk telan
    • Susah untuk telan untuk suatu tempoh yang lama tanpa sebab tertentu.
    • Petanda kanser di bahagian kerongkong atau esophagus.
  10. Pendarahan pada vagina
    • Pendarahan di pertengahan period, selepas sex, atau discharge pendarahan.
    • Petanda cancer cervix, uterus, atau vagina.
  11. Masalah mulut
    • Tompok putih atau merah di dalam mulut, terutama jika anda perokok.
    • Petanda oral cancer.
  12. Penurunan berat badan
    • Penurunan 10 pounds berat tanpa sebarang alasan seperti bersenam, diet mendadak.
    • Petanda kanser pancreas, perut, esophagus, paru-paru, dan lain-lain.
  13. Demam
    • Demam yang berlarutan tanpa sebab tertentu.
    • Petanda kanser darah seperti leukemia atau lymphoma.
  14. Pedih ulu hati dan pencernaan
    • Pedih ulu hati yang berpanjangan tanpa sebarang sebab.
    • Petanda kanser perut.
  15. Penat / lesu
    • Penat berterusan tanpa sebab.
    • Petanda leukemia, kanser colon atau perut, atau lain-lain.

Jaga kesihatan anda. Amalkan pemakanan seimbang dan kaya anti oksidan untuk mengawal sel daripada rosak akibat terdedah kepada serangan radikal bebas. Dan amalkan juga gaya hidup yang sihat seperti bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Sayangi diri anda. Jangan biarkan berlarutan jika masalah atau simptom ini mula kelihatan.

Sumber daripada WebMD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *