Anti Penuaan,  Keletihan,  Kesihatan,  Panduan Kesihatan,  Tips

12 Tips Untuk Kekal Fokus dan Cerdas

Kadang-kadang, perasan tak ada masanya kita rasa lemau sangat. Tak boleh nak fokus, stress, otak tak boleh nak fikir dengan baik. Serabut sangat kepala rasanya sehinggakan tak boleh nak buat keputusan untuk sesuatu hal yang kecil pun. KakMah pun pernah juga alami perkara seperti ni. Di saat otak bercelaru, tak boleh langsung nak fokus pada kerja, apatah lagi untuk membuat kerja dengan baik. Sudahnya, tak capai apa yang perlu disiapkan pada hari tersebut. KakMah nak kongsikan 12 tips untuk kita kekal fokus dan cerdas.

  1. Gunakan minda
    • Nak kekal cergas, memang perlu sentiasa gunakan minda. Lakukan aktiviti yang boleh merangsang minda anda untuk berfikir seperti membaca buku, mendengar radio, bermain game, belajar sesuatu perkara yang baru.
  2. Lakukan benda baharu
    • Uji minda anda untuk berfikir dari suatu sudut yang berbeza. Kalau kebiasaannya menulis dengan tangan kanan, kita cuba menulis dengan tangan kiri. Kalau biasanya melalui jalan yang sama ke tempat kerja, kita cuba jalan yang berlainan pula. Perkara ini dapat menguji minda kita untuk berfikir.
  3. Bersenam
    • Melakukan senaman bukan hanya untuk kesihatan fizikal, malah ia juga dapat merangsang minda kita. Senaman dapat meningkatkan peredaran darah ke otak dan merangsang sel-sel otak kita untuk berhubung (bukan budak-budak je nak sel otak berhubung).
  4. Amalkan pemakanan sihat
    • Kolesterol tinggi dan tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan kita lebih mudah untuk menjadi seorang dementia (pelupa). Sebab itu, kita perlu jaga pemakanan kita dan amalkan pemakanan yang seimbang seperti bakar/gril (dan bukannya goreng) makanan, makan lebih banyak sayur-sayuran, makan lebih banyak ikan (omega-3), masak dengan menggunakan bahan yang mengandungi lemak “sihat” seperti minyak dari kacang, biji, zaitun dan bukannya krim, mentega, atau lemak dari daging.
  5. Kurangkan pengambilan alkohol
    • Minum minuman alkohol secara berlebihan boleh mempengaruhi anda untuk membuat keputusan, menjejaskan ucapan, pergerakan dan ingatan. Namun kesan jangka panjangnya adalah lebih bahaya, dimana ia boleh mengecutkan “frontal lobes” pada otak anda. Kerosakan otak ini berpanjangan selamanya, walaupun anda telah pun berhenti mengamalkan alkohol.
  6. Main game
    • Pasti ramai sukakan tips ini. Ada beberapa kajian yang menunjukkan bermain video game dapat merangsang sel otak anda untuk mengawal pergerakan, ingatan, merancang, dan merangsang kemahiran “motor skills”. Tapi, janganlah berlebihan pula main game tu ya?
  7. Bermain alat music
    • Bermain alat musical dapat membantu merangsang fungsi otak seperti ingatan, dan kecenderungan untuk merancang dengan baik. Sekaligus, ia juga dapat membantu merangsang pergerakan tangan dengan baik.
  8. Keluar berkawan
    • Kajian menunjukkan aktiviti sosial dapat membantu merangsang fungsi minda. Bercakap dengan orang sekeliling, samada di rumah, pejabat, atau di luar dapat membantu menajamkan minda anda.
  9. Jangan stress
    • Pada otak kita ni ada “gray matter”, dimana ia mengandungi sel yang menyimpan dan memproses informasi. Stress boleh menyebabkan “gray matter” tidak dapat berfungsi dengan baik. So, pastikan anda sentiasa tenang. Cuba tips seperti menarik nafas panjang, lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan anda, mendengar music atau bacaan Al-Quran, cuba lakukan senaman ringan seperti yoga, bercakap dengan orang yang anda boleh percayai.
  10. Tidur secukupnya
    • Tidur sebelum dan sejurus selepas anda melakukan benda baru dapat merangsang minda anda untuk lebih fokus dan memproses perkara tersebut dengan baik. Jika kita melakukan sesuatu dalam keadaan yang penat, kita akan hilang fokus. Pastikan anda rehat mencukupi. Dewasa memerlukan sekitar 7-8 jam tidur berkualiti setiap malam.
  11. Catatkan
    • Macam mana pun, sampai masa kita akan mudah lupa juga kan? It’s normal. Apa boleh kita buat adalah dengan mencatatkan perkara yang diperlukan, gunakan calendar atau reminder dalam fon untuk mengingatkan anda melakukan sesuatu perkara, fokus pada 1 perkara dalam 1 masa, belajar perkara baru secara perlahan-lahan (tak perlu rushing).
  12. Ingat nama
    • Kadang-kadang kita susah nak ingat nama orang. Terutama kalau jarang jumpa tu kan? Here’s 1 tips yang boleh kita cuba. Masa bercakap dengan orang tu, cuba sebut nama dia berkali-kali (walaupun hanya dalam hati aje). Atau bayangkan sesuatu perkara yang boleh mengingatkan kita pada nama dia.

Senang kan? Simple je tips nya. Kadang-kadang tu ia adalah perkara yang memang kita selalu buat pun. Cuma, mungkin kita boleh refine kan lagi tips tu supaya dapat merangsang minda kita agar lebih fokus dan cerdas. Ada juga supplement shaklee yang dapat membantu anda untuk lebih fokus dan membantu menjaga fungsi “gray matter”. Antara supplement tersebut ialah:

  • Omega Guard – mengandungi omega-3, yang juga membantu meningkatkan fungsi “grey matter” untuk bantu memproses informasi dengan baik dan bantu mengawal stress
  • B Complex – mengandungi vitamin B yang diperlukan, dan dapat membantu mengawal emosi, mengurangkan stress
  • Lecithin – nutrisi diperlukan untuk otak berfungsi dengan baik
  • ESP – mengandungi asid amino yang juga merupakan nutrisi untuk minda lebih fokus dan berfungsi dengan baik
  • Performance Drink – untuk kekal cerdas dan bertenaga
  • Vitalea – membantu memberikan tenaga agar otak dapat bekerja dengan baik

Pastikan anda juga mengamalkan amalan sunnah yang dapat membantu menenangkan minda, merangsang minda seperti membaca Al-Quran, mengamalkan bacaan zikir, solat.

Hubungi KakMah untuk dapatkan supplement Shaklee anda.

*Disclaimer*

Info daripada WebMD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *