Breastfeeding,  Ibu Menyusu,  Kekeluargaan,  Memerah Susu,  Panduan Penyusuan,  Parenthood,  Set Menyusu,  Susu Ibu

12 Tips Mudah Untuk Tambah Susu Ketika Pam

Menjadi kerunsingan ibu-ibu apabila melihat jumlah susu yang dipam tidak banyak. Paling sedih dan membimbangkan apabila dari sehari ke sehari, jumlah susu semakin sedikit, tapi anak memang bergantung pada susu ibu sahaja. Tidak kiralah samada anda seorang ibu yang memang 100% pam (exclusive pumper), ibu bekerja yang pam setiap hari di ofis, atau apa sahaja lah. Jika pam susu ni memang menjadi rutin anda, anda pasti ingin pastikan hasil pam anda sentiasa consistent dan mencukupi untuk anak. Setuju tak?

KakMah juga kadang-kadang mengalami masalah yang sama. Susu drop, terutama bila datang period. Dan ada kalanya pun, bila stress, letih pun boleh membuatkan susu drop. KakMah ada jumpa 12 tips mudah untuk membantu ibu-ibu macam kita ni untuk tambahkan susu ketika pam.

TIPS 1: CORONG PAM BERSESUAIAN

Areola dan puting kita adalah berbeza saiz. Oleh itu, pastikan corong pam yang kita gunakan adalah bersesuaian dengan tubuh badan kita. Semasa pam, ibu perlu memastikan puting ibu tidak bersentuhan dengan corong pam. Di pasaran, pastinya ada pelbagai saiz corong walau apa jua jenama pam anda. Apabila ibu telah mendapat saiz corong yang betul, pastikan kedudukannya semasa pam juga betul, untuk mengelakkan puting ibu berada dalam keadaan tidak selesa dan menyakitkan.

TIPS 2: SLOW AND STEADY

Mulakan sesi perahan pam anda dengan setting sedutan yang perlahan. Kemudian sepanjang sesi pam tersebut, ibu naikkan setting sedutan sehingga ibu selesa dan tidak menyakitkan.

TIPS 3: MASA

Set kan masa ibu untuk pam setiap sesi. Paling ideal ialah 15-20 minit pada satu sesi. Jika terlalu lama, ia mungkin boleh menyakitkan puting susu ibu. Namun bergantung juga pada keadaan ibu. Jika ibu masih rasa breast penuh, ibu mungkin perlu menambahkan masa pam. Tapi apa pun, jangan sampai ibu rasa sakit. Jangan paksa diri.

TIPS 4: IMAGINASI

Ibu tak boleh stress masa pam. Masa anda sedang pam, sentiasa berfikiran positif dan bayangkan susu ibu mencurah-curah keluar bagai air terjun. Law of attraction.

TIPS 5: TUAM BREAST

Sebelum atau semasa pam, cuba tuam breast ibu dengan kain yang direndam dengan air suam. Pastikan tidak terlalu panas untuk mengelakkan breast atau puting ibu sakit.

TIPS 6: URUTAN

Semasa pam, cuba urut payudara ibu. Gunakan gerakan bulatan dan ke bawah, terutama di bahagian payudara yang ibu rasa penuh (bengkak). Oh ya! Cuba urut bawah ketiak juga, sebab rupanya situ pun ada saluran susu tau. Hebatkan?

TIPS 7: INGAT BABY

Cuba bayangkan baby sedang menyusu dengan ibu secara direct. Kalau boleh, mungkin ibu boleh rekodkan keletah anak semasa sedang menyusu, atau apa juga yang mungkin boleh buat ibu rasa tenang. Hat ni, KakMah selalu buat. Hehe.

TIPS 8: BAU

Jom cuba tips ni. Bawalah sehelai dua baju baby ke ofis, masa tengah pam tu, cuba bau baju tu. Harum, wangi sangat kan. Terus ibu rasa tenang aje masa pam.

TIPS 9: LIHAT GAMBAR MENARIK

Kita ni sentiasa tertarik dengan gambar. Gambar juga boleh menjadi perangsang untuk naikkan semangat kita. So, cuba cari kat google ke, gambar ibu-ibu lain yang struggle menyusukan anak mereka. Mesti sweet dan touching sangat kan? Tapi jangan nangis pula tau.

TIPS 10: AMBIL NAFAS

Ambil nafas panjang-panjang, lepaskan. Pastikan otot kita tak terlalu “ketat” sebelum memulakan sesi perahan. Pastikan badan kita tak rasa lenguh-lenguh masa nak pam tu. So, tarik nafas panjang-panjang untuk melegakan otot kita.

TIPS 11: RELAX

Ibu memang kena relax setiap masa, especially time pam. Tolong jangan stress masa pam. Kalau buat kerja masa pam dan mula rasa stress tu, berhentilah dulu kerja tu. Buat benda yang boleh relax kan diri. Follow tips awal-awal tadi.

TIPS 12: STOP KEJAP

Bila pam dan tengok susu macam tak nak keluar sangat, stop dulu. Buka semua alatan pam, relax jap dalam 5 minit. Sambil tu, cuba urut breast, then start pam balik. Ingat, apa pun keadaan, jangan stress. Istighfar, zikir banyak-banyak.

KakMah ucapkan semoga berjaya pada semua ibu-ibu, dan semoga perjalanan menyusukan anak anda sehingga ke usia 2 tahun tercapai. Sentiasa set target, teruskan doa, dan kekal positif. In Shaa Allah, anda pasti boleh berjaya.

Jika ibu ingin dapatkan supplement Shaklee yang boleh membantu ibu untuk kekal bertenaga, kurangkan stress, sekaligus dapat memberi nutrisi yang lengkap pada ibu dan juga baby, anda boleh hubungi KakMah.

Supplement ini lengkap dengan protein, vitamin c, zat besi, kalsium, omega-3, DHA, EPA, b complex yang sangat diperlukan oleh ibu. Ibu yang sihat, kuat, kekal bertenaga, dan kurang stress, dapat menghasilkan susu yang berkualiti dan banyak.

Hubungi KakMah untuk keterangan lanjut dan untuk order supplement anda.

*Disclaimer*

*sumber tips dari http://findyourmomtribe.com/pump-more-breast-milk/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *