Anti-Oksidan,  Diet,  Kesihatan,  Kesihatan Jantung,  Kesihatan Mata,  Kolesterol,  Panduan Kesihatan,  Tips

11 Sebab Kenapa Perlu Makan Telur

Siapa suka makan telur? Boleh geng dengan anak KakMah. Depa memang hantu telur. Hehe. Paling suka kalau masak telur mata atau telur rebus. Boleh makan sampai berbiji-biji. Tapi KakMah bukan nak cerita pasal anak KakMah gemarkan telur. KakMah nak share kenapa kita perlu makan telur ni. Tak kiralah telur apa pun, sebab telur adalah salah satu sumber protein yang lengkap.

Sama seperti sumber makanan yang lain, adalah penting untuk kita memastikan cara penyediaan telur ini tidak membunuh khasiat dan nutrisi yang terdapat di dalam sebiji telur. Macam-macam cara kita boleh gunakan untuk masak telur. But make sure, it is a healthy way. Campur dengan salad ke, atau makanan lain yang juga tinggi nutrisi. Kekalkan portion pemakanan yang betul untuk kekal sihat dan bertenaga.

Dalam diam, ada 11 sebab kenapa kita perlu masukkan sekurang-kurangnya sebiji telur dalam diet harian kita. Betapa banyaknya khasiat sebiji telur ni tau.

  1. Lengkap dengan protein
    • Sebiji telur ada 6 grams sumber protein, termasuklah segala 9 jenis asid amino yang diperlukan untuk membina protein dalam badan. Asid amino ni penting sebab badan kita sendiri tidak boleh menghasilkan nutrisi tersebut. So, kena ambil dari pemakanan sihat. Setengah daripada telur putih tu ada khasiat protein, dan hanya small portion je ada lemak dan kolesterol, dimana masih menyihatkan.
  2. Kaya dengan nutrisi
    • Vitamin, mineral, asid amino adalah antara nutrisi yang terdapat di dalam telur. Antaranya ialah protein yang bermutu tinggi, selenium, phosphorus, choline, vitamin B12, dan beberapa anti oksidan yang membantu menyihatkan sel anda.
  3. Meningkatkan kolesterol HDL
    • Jika anda mengamalkan 3 biji atau lebih telur setiap hari, kadar kolesterol baik (HDL) dalam badan anda akan meningkat. Seiring dengan LDL (kolesterol jahat). Namun, dengan adanya kadar HDL yang tinggi, ia dapat membantu menangkis keburukan LDL dalam badan kita.
  4. Merendahkan kadar Triglycerides
    • Kadar Triglycerides yang rendah adalah baik untuk kesihatan kita. Telur yang kaya dengan Omega-3 dan fatty acids yang lain dapat membantu merendahkan kadar Triglycerides.
  5. Mengurangkan risiko stroke
    • Dalam kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan sekurang-kurangnya sebiji telur setiap hari mempunyai anggaran 30% kemungkinan yang lebih kecil untuk mati akibat stroke pendarahan berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.
  6. Mengawal kadar pemakanan
    • Sebiji telur mengandungi 70 kalori. So, boleh masukkan telur rebus (contohnya) dalam diet seimbang anda. Tambah salad atau roti untuk pemakanan yang lebih sihat setiap hari.
  7. Murah
    • Of course, semua pun tahu harga telur ni murah je. Tapi sangat banyak manfaatnya untuk kesihatan kita tau. Sebab tinggi dengan khasiat protein.
  8. Baik untuk Jantung
    • Mereka yang mengamalkan makan telur setiap hari mempunyai risiko lebih rendah untuk mengalami masalah berkaitan dengan jantung. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan telur setiap hari mempunyai 20% kemungkinan yang rendah untuk mempunyai masalah jantung, berbanding mereka yang tidak mengamalkan telur dalam diet harian mereka.
  9. Mengenyangkan
    • Selain menyihatkan, makan telur ni juga mengenyangkan tau. Sebiji kan ada 70 kalori, kalau makan 2 biji dah dapat 130-140 kalori. Anda akan berasa kenyang lebih lama.
  10. Baik untuk Mata
    • Antioksidan seperti lutein, zeaxanthin, boleh membantu mengurangkan risiko untuk mengalami masalah mata seperti katarak dan age-related macular degeneration. Seperti bayam, telur adalah sumber terbaik kerana lemak di dalam telur membantu badan kita untuk menyerap nutrisi tersebut.
  11. Menguatkan Minda
    • Telur mengandungi vitamin D, dimana ia sangat bagus untuk “gray matter”. Telur juga mengandungi choline yang membantu sel saraf berhubung. Khasiat choline ini juga penting untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana ia membantu perkembangan minda yang positif.

 

Jom start amalkan sekurang-kurangnya sebiji telur setiap hari. Starts from now. Lama-lama nanti, biasalah. Alang-alang jika anda pun memang pengamal diet seimbang, apa kata anda masukkan telur ni ke dalam diet anda. Rasa pun sedap. Setuju?

Jika anda ada tips bagaimana untuk masak atau sediakan telur yang baik, menyelerakan, apa kata anda kongsikan di ruangan komen. Mana tahu, ramai boleh belajar daripada perkongsian anda tu. Kita sama-sama boleh dapat manfaat.

Jom makan telur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *