10 Tips Ayah “Bonding” dengan Anak
Pastinya seorang ayah ingin ada ikatan rapat dengan anak, terutama anak baru lahir. Orang “MatSalleh” kata, “Bonding”. Selalunya seorang ayah risau, sebab anak yang baru dilahirkan sudah semestinya sentiasa bersama dengan ibu. Tambahan pula jika menyusu badan. Memang setiap masa anak adalah dengan ibu. Adakah itu bermakna, ayah tidak boleh untuk ada “bonding” dengan anak? Seperti jarang ada peluang untuk ayah “berduaan” dengan baby kan.
Sebenarnya, banyak benda ayah boleh buat untuk create “bonding” dengan anak, terutama bayi baru lahir. Ketika ini, anak bukan sahaja ingin kenal dengan ibunya. Tapi dia juga ingin kenal dan mengetahui siapa ayahnya, sifat dan keperibadian ayahnya.
KakMah ingin kongsikan dengan anda, tips menarik yang boleh bantu anda “bonding” dengan anak. Jika isteri anda sedang hamil anak pertama, bolehlah buat persediaan awal. Terutama persediaan dari segi mental, emosi. Bukan isteri je perlu bersedia tau.
Tips 1: “Hug” Rapat Dengan Baby
Seperti juga ibu yang menyusukan anak, ayah juga boleh memeluk anak dengan erat dan rapat ke dada. Biar si anak dapat mendengar degupan jantung ayah. Boleh juga buat “skin contact” dengan anak kerana ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara ayah dan baby. Selalulah peluk anak.
Tips 2: Sama Berjaga Di Waktu Malam
Bayi berjaga malam tak semestinya sebab nak susu. Memang adalah terbaik untuk susukan anak setiap 2 jam. Tapi ada sesetengah masa, anak bangun sebab rasa tak selesa. Mungkin perutnya meragam, mungkin pampers dah penuh. So, ayah janganlah tidur lena. Bangunlah bersama dengan isteri untuk jaga anak di waktu malam. Usai ibu menyusukan anak, ayah pula boleh ambil alih untuk tidurkan anak atau check jika anak selesa atau tak.
Tips 3: Pujuk Baby Menangis
Sebab utama baby menangis adalah sebab nak susu. Bila bab tu, dah tentu, si ibu perlu memainkan peranan. Namun, dalam sesetengah situasi, bukan sahaja ibu yang perlu pujuk baby bila menangis, tapi ayah juga boleh bantu ibu untuk memujuk bayi yang sedang menangis. Banyak cara boleh dilakukan. Gendong dan dodoikan ke, zikir atau menyanyi lagu yang mendamaikan.
Tips 4: Bawa Berjalan
Baby sukakan fresh air (udara segar), sukakan persekitaran baru serta nak lihat benda baru. So, si ayah bolehlah rajin-rajin bawa baby bersama ibunya berjalan-jalan. Dapat makan angin sekejap pun jadilah. Tapi opsss.. Tunggulah ibu baby habis pantang, dan baby pun dah kuat sikit. Maklumlah, persekitaran sekarang tak macam dulu. Penuh dengan radikal bebas.
Tips 5: Urut Bayi
Bukan sekadar ibu je suka urut semasa berpantang tau. Tapi sebenarnya, baby pun suka diurut. Urutan ini juga boleh menggalakkan peredaran darah dengan baik. Tapi pastikan anda belajar dulu teknik yang betul. Jangan sehingga tersilap teknik pula ya. Urutlah kakinya, perutnya, tangannya. Pasti anak anda rasa selesa dan tenang.
Tips 6: Spend Time Walaupun Sekejap
Kadang tu, si ayah pulang dah lewat malam. Mesti penat kan? Tapi, jangan abaikan anak-anak. Ambillah sedikit masa untuk spend time dengan anak, walaupun sejak dari bayi lagi. Ini dapat menjadikan satu routine pada anak, untuk menunggu ayahnya pulang. Sebab ini adalah saat yang mereka nanti-nantikan. Walaupun sekejap, namun itu memberi 1001 pengertian dan penghargaan buat anak.
Tips 7: Tolong Tukar Lampin
Euwwww. Geli ke? Tapi itulah salah satu cara untuk ayah “bonding” dengan anak. Tahu tak waktu inilah satu peluang untuk anda berinteraksi dengan anak. Kerana mereka juga memberikan fokus 100% kepada anda semasa sesi menukar lampin. Maka, ambillah peluang untuk berborak dengan mereka, bergurau senda.
Tips 8: Ambil Cuti
Tugasan menjaga anak ketika sakit, atau pun ketika check-up, bukanlah tugas ibu seorang sahaja. Malah, ayah juga boleh bergilir dengan ibu untuk jaga anak. Inilah saat dimana anda boleh meluangkan masa dan sepenuh perhatian pada anak. Serta dapat mengetahui ragam dan perkembangan anak.
Tips 9: Jaga Rutin Tidur
Tetapkan rutin tidur anak sejak dari kecil lagi supaya mereka tahu bila “bedtime” mereka. Oleh itu, dapat mengurangkan masalah anak lambat tidur, susah nak tidur. Sebab mereka sudah ada kebiasaan dan sudah tahu bila mereka perlu tidur. Si ayah boleh memainkan peranan sebagai “jam loceng” untuk mengingatkan anak untuk tidur. Jika bayi baru lahir, si ayah boleh membantu ibu mendodoikan anak.
Tips 10: Berinteraksi Dengan Anak
Ada banyak cara untuk berinteraksi dengan anak, walaupun anak baru dilahirkan ataupun masih dalam kandungan. Ya, tidak salah untuk ayah “berborak” dengan anak, walaupun anak belum lahir lagi. Sentiasa berinteraksi dengan mereka supaya mereka kenal itu suara ayahnya. Bila dah lahir, selalulah bercakap dengan bayi anda walaupun dia tak faham. Sekurang-kurangnya mereka tahu, “ini ayah saya”.
So, jangan lupa amalkan tips ini tau. Pastinya semua ayah ingin ada ikatan mesra yang penuh kasih sayang, rasa hormat, antara anda dan juga anak anda.
A truly RICH man is one who’s children run into his arms when his hands are empty.
Selamat mencuba!
Jika anda mendapat effect positif dari perkongsian ini, sudi-sudilah untuk drop komen anda okeh.