Kecantikan,  Penjagaan Kulit,  Regimen YOUTH,  YOUTH Skincare

Tips Mengatasi Masalah Kulit Berminyak

Kulit berminyak adalah antara masalah kulit yang sering kita dengar. Disebabkan keadaan cuaca dan persekitaran di Malaysia ni, kulit kita boleh menjadi semakin berminyak, berkilat. Terutama jika kita tidak menjaga dan mengawal faktor lain seperti pemakanan. Ini terjadi disebabkan kelenjar sebum menjadi terlampau aktif dan mengeluarkan sebum berlebihan. Belum campur lagi dengan masalah kulit yang lain seperti jerawat, bintik hitam, bintik putih, liang pori yang besar atau tersumbat, dan macam-macam lagi.

Jangan bimbang sekiranya anda mempunyai masalah kulit berminyak. Ini kerana kulit berminyak boleh diatasi jika kena dengan gayanya. Dengan petua dan tips yang betul, bukan sahaja kulit boleh menjadi tidak berminyak, malah juga boleh menjadi semakin sihat, berseri, gebu, anjal.

Pasti ada punca kenapa kulit menjadi berminyak. Jom semak.

  • Daripada keturunan
  • Penggunaan produk skincare yang berlebihan
  • Perubahan musim
  • Ubat-ubatan yang tidak bersesuaian
  • Penggunaan skincare yang salah
  • Perubahan hormon
  • Stress (Tekanan)

Jom cuba amalkan tips ini untuk mengatasi masalah kulit berminyak.

TIPS 1: CUCI MUKA

Memang bagus cuci muka, untuk singkirkan kotoran pada kulit. Tapi, jika terlalu kerap, ia boleh mengakibatkan kulit menjadi terlalu kering. Apabila kulit kering, sistem dan sel kulit kita akan bekerja dengan lebih kuat untuk melembapkan kulit, dan ini boleh mengakibatkan kulit semakin berminyak. Cukup sekadar 2 kali sehari sahaja (pagi dan malam sebelum tidur).

TIPS 2: KERTAS MINYAK

Gunakan kertas minyak untuk lap kulit muka yang berpeluh atau berminyak.

TIPS 3: CONTROL MAKAN

Peminat makanan pedas? Berlemak? Kurangkan pengambilan makanan ini, dan lebihkan makan makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

TIPS 4: TIMUN

Kisar timun dan sapukan pada muka yang bersih dan biarkan ia kering dalam sekitar 15-20 minit. Bila dah kering, bilas dengan air bersih.

TIPS 5: AIR BIASA

Jangan pula cuci muka dengan air panas atau terlebih suam. Cukup hanya dengan menggunakan air biasa sahaja. Air panas boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

TIPS 6: CLAY MASK

Amalkan pemakaian clay mask sebulan sekali kerana ia dapat membantu menyingkirkan lemak berlebihan serta menyeimbangkan pH kulit.

TIPS 7: PENGGUNAAN SPAN

Hentikan penggunaan span, towel atau kain kasar semasa mencuci muka kerana kulit akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan minyak semulajadi pada kulit yang hilang kerana menggunakan bahan kasar itu.

TIPS 8: MINUM AIR

Pastikan pengambilan air secukupnya kerana ia dapat membantu membuang toksin dalam badan yang menyebabkan penghasilan minyak berlebihan dan mudah tumbuh jerawat. Air tu tak termasuk air bergula ya. Air kosong sahaja, paling ideal 8 gelas sehari. Atau, boleh join program detox Shaklee untuk bantu singkirkan toksin dengan berkesan.

TIPS 9: STRESS

Elakkan stress, tekanan. Ini kerana stress boleh menyebabkan penghasilan toksin dan minyak berlebihan pada kulit. Keep calm selalu. Banyakkan zikir dan istighfar.

TIPS 10: SKINCARE

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, adalah penting untuk memilih skincare yang bersesuaian. Pilih produk yang tiada bahan kimia dan selamat digunakan.

Perkenalkan YOUTH Skincare daripada Shaklee. Revolusi breakthrough terbaru daripada Shaklee, menghasilkan skincare yang sangat lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit.

  • Dihasilkan selepas 8 tahun kajian terperinci untuk memastikan produknya selamat digunakan untuk tempoh yang lama.
  • Mempunyai 8 patents/patents-pending. Sangat tersendiri formula YOUTH Shaklee ni.
  • 100% vegan, tiada campuran haiwan.
  • Selamat kerana ia bebas daripada 1,500 bahan kimia berbahaya.
  • 100% pengguna YOUTH mengalami perubahan ketara selepas mengamalkan YOUTH. Terbukti berkesan. Clinically proven.
  • 2/3 daripada pengguna YOUTH mengalami penurunan skin-age ke 10 tahun lebih muda.

Begitu ramai pengguna YOUTH di Malaysia yang mendapat kesan positif selepas mengamalkan YOUTH seawal 7 hari. Kawah jerawat semakin rata, kedutan semakin hilang, kulit semakin cerah. Bahan yang digunakan membantu memberikan kesan yang cepat, dan paling penting, tiada bahan kimia berbahaya.

Berminat untuk dapatkan YOUTH Skincare ini? Anda boleh hubungi KakMah untuk keterangan lanjut dan untuk order YOUTH Skincare anda.

Set YOUTH terdiri daripada:

  • YOUTH Starter Set
  • YOUTH Renew and Maintain Set
  • YOUTH Intensive Treatment and Repair Set

Inginkan penjimatan lebih 10-20% daripada harga ahli, anda boleh mendaftar keahlian Shaklee anda dengan KakMah. Yuran keahlian hanya RM75 sahaja. Nak dapatkan FREE membership? Ada caranya.

Hubungi KakMah untuk daftar ahli dan dapatkan YOUTH Skincare anda sekarang.

*Disclaimer*

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *