Diabetes

TIPS: Makanan Yang Perlu Pesakit Diabetes Elakkan

Pesakit diabetes sememangnya sangat sensitif terhadap pemakanan. Ada makanan yang boleh memudaratkan seorang pesakit diabetes. Oleh itu, anda perlu peka dan sentiasa memantau pengambilan makanan anda samada ianya tinggi kandungan glukosa atau mengandungi apa jua bahan yang boleh mempengaruhi bacaan diabetes anda!

Apakah makanan tersebut dan kenapa ia memudaratkan?

⚑ NASI PUTIH
➙ kajian menunjukkan bahawa kandungan zat tepung dan indeks glisemik yang tinggi dalam nasi putih boleh membawa kepada penyakit kencing manis
➙ gantikan nasi putih dengan sayuran, buah-buahan

⚑ UBI KENTANG
➙ ubi kentang mampu meningkatkan tahap gula dalam darah pada kadar yang cepat

⚑ SOS TOMATO
➙ walaupun rasa sos tomato adalah masam, tetapi ianya bahaya untuk pesakit diabetes kerana bahan yang digunakan untuk menghasilkan sos tomato mengandungi kadar gula yang tinggi

⚑ ROTI
➙ roti dihasilkan daripada tepung putih
➙ ianya boleh menjadikan tahap gula dalam darah mudah menjadi tidak stabil sekaligus memburukkan lagi tahap kesihatan

⚑ PEMANIS TIRUAN
➙ pemanis tiruan merupakan zat aditif yang boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah tidak terkawal

⚑ JUS BUAH
➙ jus buah tidak sesuai dijadikan minuman kerana kandungan gulanya yang tinggi

⚑ YOGURT RENDAH LEMAK
➙ walaupun yogurt mempunyai kandungan lemak yang rendah, tetapi ianya mempunyai pemanis tiruan yang tinggi kandungan gulanya

Semoga tips kami kali ini dapat membantu anda untuk mengurangkan lagi risiko kandungan gula tinggi di dalam darah.

Kami juga menyarankan agar anda mengawal pemakanan anda sebaiknya dengan mengamalkan diet yang kurang kandungan gula atau glukosa. Pada mereka yang telah pun menghidap penyakit diabetes ini, jangan putus asa. Cari alternatif untuk mengurangkan masalah diabetes anda. Antaranya adalah dengan mengamalkan pengambilan supplement.

Shaklee juga mempunyai supplement yang bersesuaian dengan anda, iaitu…
☕ VITA-LEA
☕ GLA COMPLEX
☕ ZINC COMPLEX
☕ ALFALFA COMPLEX
☕ SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
☕ ESP
☕ VIVIX 

Hubungi kami untuk mendapatkan supplement terbaik anda untuk membantu mengurangkan kadar gula di dalam darah anda.

© sumber dari Majalah Mingguan Wanita November 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *