Breastfeeding,  Ibu Menyusu,  Panduan Penyusuan,  Pembesaran Anak-Anak,  Perkembangan Bayi,  Tips

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusukan Anak

Bulan Ramadhan tak lama je lagi ni kan? Ibu yang menyusukan anak, mesti risau susu drop. Terutama untuk ibu yang bekerja. KakMah sendiri pun kadang tu risau gak. Tapi jangan sampai stress. Sebab stress tu juga boleh membantutkan pengeluaran susu. Allah menjanjikan rezeki setiap orang, termasuk juga ibu yang menyusukan anak. Jadi, jangan risau sebab KakMah nak share tips berpuasa untuk ibu yang menyusukan anak.

Allah Maha Penyayang. Perlu sentiasa yakin yang production susu kita tetap ada walaupun sepanjang berpuasa. KakMah faham. Ibu risau sebab masa tu tak minum air di siang hari, tak makan. Jadi, macam mana nak datangnya susu? Betul tak? Sebab itu pentingnya pemakanan semasa sahur dan juga semasa berbuka puasa. Elakkan makanan yang boleh drop kan pengeluaran susu seperti minyak berlebihan.

KakMah ada pengalaman 2 kali menyusukan anak semasa bulan puasa. Cabaran tetap ada, tapi Alhamdulillah, KakMah masih dapat produce susu yang sama semasa bulan puasa. Apa KakMah amalkan ialah, sahur yang menyihatkan dan cukupkan pengambilan air minimum 3 liter sehari. KakMah blend ESP, kurma semasa sahur. Nasi pun tetap makan juga sikit. Alhamdulillah, kenyang hingga ke waktu berbuka. Susu pun lancar.

So, jom follow tips ni.

Seriously, kurma amat membantu. KakMah ni sebenarnya tak gemar sangat kurma. Hehe. Kiranya, bukan jenis orang yang mencari kurma. Kadang memang kena paksa makan especially time hamil. Husband suruh. Hehe. Sama jugalah masa bulan Ramadhan, dan KakMah menyusukan anak. Paksa diri untuk makan kurma sebab KakMah tahu ini makanan terbaik untuk KakMah dan baby.

So, jangan stress. Tenangkan hati. Prepare diri ibu dengan penuh keyakinan untuk masuk ke bulan Ramadhan ni. Semoga segala urusan dipermudahkan. Ameen.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *