Kecantikan,  Masalah Kulit,  Penjagaan Kulit,  Wanita

Tips Atasi Masalah Kulit Kering

Selain daripada masalah kulit berminyak, salah satu masalah kulit yang sering dialami oleh orang Malaysia adalah kulit kering. Masalah kulit kering sering berlaku terutama pada mereka yang bekerja di ruang pejabat. Penggunaan penghawa dingin menyebabkan suhu yang rendah dan kelembapan di ofis menyebabkan kulit menjadi kering.

Masalah kulit kering bukan hanya terhad pada kulit muka, malah juga boleh terjadi di mana-mana anggota badan seperti tangan, lengan.

Faktor terjadinya kulit kering

  • Kurang minum air
  • Faktor genetik
  • Faktor usia
  • Keadaan cuaca
  • Penggunaan skincare yang salah
  • Gangguan kesihatan

Adalah tidak mustahil untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Yang penting, anda fahami dulu apakah penyebab kulit anda menjadi kering, dan cuba atasinya.

KakMah kongsikan dengan anda 6 tips yang boleh anda lakukan untuk membantu anda mengatasi masalah kulit kering ini, terutamanya di bahagian muka.

TIPS 1: Gunakan Masker Muka

Penggunaan masker di muka dapat bertindak sebagai pemangkin (booster) untuk membantu melembapkan kulit. Namun begitu, pastikan anda memilih masker yang membantu memberi kelembapan pada kulit. Kulit yang cukup hidrasi membantu mencantikkan dan mencerahkan kulit.

TIPS 2: Jaga Pemakanan

Amalkan pemakanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan supaya badan kita sentiasa mempunyai nutrisi yang mencukupi. Nutrisi yang lengkap di dalam sel badan kita juga membantu menyihatkan sel kulit, sekaligus dapat membantu mengatasi masalah kulit kering.

TIPS 3: Gunakan Krim Pelembap

Kebanyakan rangkaian skincare mengandungi pelembap sebagai salah satu regimen mereka. Paling penting adalah cari produk skincare yang semulajadi dan tiada bahan kimia berbahaya. Pelembap kebiasaannya terbahagi kepada 2 jenis iaitu untuk siang dan malam.

Pelembap siang perlulah bertekstur ringan agar kulit tidak terlalu berkilat apabila terdedah kepada matahari. Manakala pelembap malam biarlah teksturnya berat untuk mendapatkan kelembapan lebih lama sewaktu tidur.

TIPS 4: Minum Air Secukupnya

Penting untuk kita amalkan pengambilan air secukupnya setiap hari. Paling minimum ialah 3 liter, dan ini hanya air kosong semata-mata. Tidak termasuk air bergula. Air yang mencukupi membantu mengurangkan bintik-bintik di kulit dan dapat mengekalkan kelembapan pada kulit.

TIPS 5: Kurangkan Penggunaan Make-up

Penggunaan make-up yang kerap boleh merosakkan kulit, terutama jika produk tersebut mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Jika anda menggunakan foundation atau pun make-up base pada bahagian kulit yang kering, ia boleh menyebabkan iritasi pada bahagian tersebut. Namun sekiranya anda memang sangat perlu memakai make-up, laburlah duit sedikit untuk membeli produk make-up yang berkualiti tinggi, semulajadi, dan selamat daripada bahan kimia berbahaya.

TIPS 6: Penggunaan Skincare Bersesuaian

Seperti make-up, krim pelembap, anda juga perlu mencari skincare yang bersesuaian dengan masalah kulit anda. Pastikan produk itu selamat digunakan, tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, serta dihasilkan daripada bahan semulajadi. Biar keluar duit sedikit, asalkan tidak merosakkan kulit anda.

 

Jom amalkan 6 tips ringkas ini untuk membantu anda mengatasi masalah kulit kering. Pastikan juga, nutrisi di dalam badan kita sentiasa mencukupi dan seimbang, supaya sel kulit kita tidak rosak, lalu menyebabkan kerosakan pada kulit wajah. Sel kita memerlukan “makanan” (iaitu nutrisi) yang sihat agar dapat bekerja dengan baik, melindungi sel kita daripada serangan radikal bebas dan dari rosak.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Kredit: Sumber daripada Norfaziela.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *