Kurang Berat Badan,  Meal Shakes,  Parenthood,  Pembesaran Anak-Anak

Tips Atasi Anak Picky Eater

Bila anak seorang yang pemakan, maknanya bagi je apa dia nak, mesti dia nak cuba makan. Mesti kita pun rasa happy je kan sebab tak perlu pening nak fikir nak bagi anak makan apa. Maknanya, tak ada makanan specific untuk disediakan. Betul tak? Tapi, kalau anak adalah seorang picky eater, iaitu memilih makanan, mesti runsing nak menyediakan yang terbaik untuk anak. Sebagai seorang ibu, nak memastikan anaknya mendapat khasiat yang mencukupi dan seimbang.

Nak tak nak, mesti nak anak makan juga. Especially makanan berkhasiat. Tak nak la makan jajan, makan benda manis je kan? Walaupun memang kanak-kanak lebih cenderung untuk suka makanan manis. So, sebagai ibu bapa, kita perlu lebih kreatif dalam penyediaan makanan supaya anak-anak rasa seronok dan tertarik dengan makanan tersebut.

KakMah nak share beberapa tips.

  • Hiasi makanan
    • Sekarang kan dah banyak “bento” yang viral di social media kan? Bento ni macam ala-ala makanan di Jepun atau Korea. Mereka suka menghiasi makanan supaya berbentuk seperti haiwan ataupun character kesukaan anak. Bento dihiasi dengan menggunakan nasi, hirisan daging, sayuran. Contoh macam gambar ni. Menarik kan? Kita pun sama sekali teruja nak makan. Hehe.

  • Sentiasa mempelbagaikan bentuk makanan
    • Janganlah asyik beri anak makan benda yang sama je setiap hari. Nanti anak cepat muak dan bosan. Sebab tu, seawal 6 bulan bila anak dah boleh makan tu, follow 4 days rules untuk memperkenalkan makanan pada anak. Barulah anak boleh makan macam-macam. Kenalkan dengan sayuran, buahan, protein. Boleh tambahkan dengan keju di atasnya, barulah nampak menarik.
  • Join makan sekali dengan anak
    • Ibu ayah makan sekali makanan yang kita sediakan untuk anak. Contoh, nak bagi anak makan brocolli, kita dulu kena tunjuk kat anak yang kita pun makan brocolli. Anak ni mudah terpengaruh dengan ibu ayahnya tau. Apa ibu ayah dia buat, mesti dia nak ikut. Termasuk jugalah dengan makan.
  • Jangan paksa
    • Kalau anak tak nak, jangan sesekali paksa. Ini boleh membuatkan anak rasa “marah” dan tak suka untuk makan. Jangan ugut mereka dengan memaksa mereka makan dan jika mereka tak makan, ada tarik apa yang mereka suka, contoh main di luar. Tapi, cuba berikan “rasuah positif”. Kalau anak makan sayur, lepas ni boleh makan apa yang anak nak. So, anak akan lebih cenderung untuk habiskan nasi, sayur mereka. Sebab lepas tu mereka nak makan makanan kegemaran mereka pula. Lama-kelamaan, automatic anak suka makan.
  • Galakkan anak tonton video
    • Sekarang kan dah banyak watak kartun kanak-kanak yang ada unsur positif, terutama bab pemakanan. Contoh paling dekat dengan kita, Upin & Ipin. Ada episod yang menceritakan tentang buah-buahan tempatan, dan macam mana sukanya Upin & Ipin makan buah-buahan tu. Sambil tonton, sambil kita pujuk anak. “Haaa. Tengok tu. Upin & Ipin pun makan buah”. Selalu cakap dengan mereka, in shaa Allah, nanti mereka dengar.

Perubahan ni tidak memakan masa sehari dua. Kena consistent mencuba dan terus mencuba. Mungkin ambil masa seminggu, sebulan. Keep on doing dan ibu ayah kena mainkan peranan penting. Jangan sesekali give up. Dan jangan selalu sangat bagi anak makan jajan. Jajan yang sihat, takpe juga.

Sementara anak tidak mahu makan makanan yang seimbang, ibu ayah masih perlu pastikan anak ada nutrisi mencukupi. Betul kan? Berikan anak anda supplement multivitamin yang dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan. Dan, mungkin anak anda lebih berselera selepas mengamalkannya.

Shaklee Meal Shakes

Minuman yang kaya dengan nutrisi dan sangat mudah dibancuh. Berperisa vanila dan sememangnya sangat sedap diminum. Ia amat berkhasiat dan membantu tumbesaran yang sihat dan kuat. Setiap hidangan yang dicampurkan dengan susu rendah lemak mengandungi 240 kalori tenaga.

  • Membekalkan tenaga untuk memulakan hari si manja.
    • Sumber protein yang kaya dengan 9 asid amino penting.
  • Menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat.
    • Sumber terbaik kalsium dan serat pemakanan.
  • Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan.
    • Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, zat besi, zinc, iodin.
  • Untuk tubuh kekal sihat dan kuat.
    • Formula rendah lemak dan low GI.
  • Untuk mengekalkan berat badan ideal.

Ingin dapatkan Meal Shakes untuk anak anda, dan diri anda sendiri? Click link untuk order melalui online. Anda boleh menggunakan debit/credit card untuk pembelian melalui sistem e-sell ini.

Atau, anda juga boleh terus menghubungi KakMah untuk mendapatkan Meal Shakes ini.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *