Anti-Oksidan,  Kesihatan Mata,  Panduan Kesihatan,  Tips

Tips: 15 Makanan Dapat Meningkatkan Sistem Imunisasi

Anda sering selsema? Demam? Itu merupakan tanda-tanda bahawa sistem imunisasi anda berkurangan. Tahukah anda bahawa terdapat beberapa makanan yang boleh kita dapati dengan mudah, dapat membantu kita meningkatkan sistem imunisasi badan kita. Kami ingin berkongsi tips dengan anda, apakah 15 makanan yang dapat membantu anda meningkatkan sistem imunisasi dalam badan anda.

1. ELDERBERRY
  • Sumber ubatan yang dipercayai sejak zaman dahulu lagi iaitu ekstrak daripada buah beri hitam yang dapat mengawal daripada selsema (melalui kajian tabung uji).
  • Buah Elderberry merupakan buah yang anti-oksidan dan mempunyai keupayaan untuk melawan keradangan
2. CENDAWAN BUTANG
  • Mengandungi selenium mineral dan anti-oksidan yang membantu mengurangkan risiko selsema menjadi lebih teruk.
  • Vitamin B riboflavin dan niasin yang terkandung dalam cendawan butang ini memainkan peranan dalam membantu mengekalkan sistem imun yang sihat.
  • Kajian terhadap haiwan menunjukkan ianya memberi kesan anti-virus, anti-bakteria, dan anti-tumor.
3. ACAI BERRY
  • Kaya dengan anti-oksidan yang dikenali sebagai anthocyanins.
  • Ianya dapat membantu melawan proses penuaan dan juga dari dijangkiti penyakit.
  • Boleh didapati dalam bentuk jus atau smoothie, atau dikeringkan dan dicampur dengan granola.
4. TIRAM
  • Mengandungi zinc yang bertindak sebagai immune booster atau aphrodisiac.
  • Mineral zinc membantu untuk menjalankan sistem imun serta membantu dalam penyembuhan luka.
5. TEMBIKAI
  • Mempunyai banyak anti-oksidan yang kuat, serta glutathione.
  • Dikenali sebagai pembantu untuk meningkatkan sistem imun supaya ia boleh meningkatkan kesihatan dan melawan jangkitan.
  • Glutathione boleh didapati berhampiran dengan kulitnya.
6. KOBIS
  • Sumber immune-strengthening glutamine.
7. BADAM
  • 1/4 cawan badam dapat memberikan lebih kurang 50% khasiat vitamin E yang membantu meningkatkan sistem imun.
  • Mengandungi riboflavin, niasin, vitamin B yang membantu untuk menangani stress.
8. GRAPEFRUIT
  • Mempunyai kandungan vitamin C yang banyak.
  • Namun kajian tidak membuktikan pengambilan makanan sahaja dapat menjamin kita mempunyai kandungan vitamin C yang mencukupi.
9. GERMA GANDUM
  •  Penuh dengan khasiat seperti zinc, anti-oksidan, vitamin B.
  • Juga mengandungi serat, protein, dan lemak yang baik. 
10. YOGURT RENDAH LEMAK
  • Satu cawan setiap hari boleh mengurangkan risiko dijangkiti demam.
  • Kandungan vitamin D yang tinggi dapat mengurangkan risiko demam dan selsema.
11. BAWANG PUTIH
  • Mempunyai beberapa anti-oksidan yang mengawal sistem imun.
  • Perlu dimasak dalam minyak selama 15 – 20 minit dahulu bagi mengaktifkan enzim yang merangsang sistem imun.
12. BAYAM
  • Kaya dengan nutrien.
  • Mempunyai folate yang membantu menghasilkan sel-sel baru dan pembaikan DNA.
  • Mempunyai serat, anti-oksidan seperti vitamin C, dan banyak lagi.
13. TEA
  • Sarat dengan polyphenols dan flavonoids.
  • Anti-oksidan yang terdapat dalam tea akan mencari dan memusnahkan sel radikal bebas yang merosakkan.
14. SWEET POTATO
  • Mempunyai anti-oksidan beta-carotene, yang membersihkan radikal bebas yang merosakkan.
  • Mengandungi Vitamin A yang dikaitkan dengan melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko kanser.
15. BROCOLLI
  • Asas immune-boosting.
  • Penuh dengan nutrien yang melindungi badan kita.
  • Mempunyai vitamin A, vitamin C, dan gluthatione.
Feel Free to SHARE! Jom like page kami!
Sharing is Caring! Kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *