Ibu Hamil,  Kehamilan,  Set Hamil,  Wanita

8 Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu

Kehamilan adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh pasangan baru berkahwin, terutamanya. Setiap perubahan dalam diri wanita, menjadi persoalan, adakah ini tanda-tanda hamil? Bila period lewat sikit, tertanya-tanya, hamilkah aku? Betul tak? Well, it happened to me too, masa tengah TTC dulu. But, bila datang period je, terus frust. Hehe. Cepat-cepat istighfar sebab itu semua emosi negatif yang tak patut ada dalam diri KakMah. Sebab nak pregnant, kita kena sentiasa kekal positif.

Sebagai pasangan suami isteri, penting untuk bekerjasama dan sentiasa memberikan sokongan pada pasangan kita. Kita tak boleh berputus asa, kena sentiasa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan rezeki mendapat zuriat. In Shaa Allah, apabila Allah tahu kita telah bersedia, rezeki tu pasti datang.

So, pastinya anda ingin tahu apakah tanda awal kehamilan. Dah tentu, lewat period adalah antara tanda-tanda awal. Tapi, ada tanda-tanda lain yang anda juga perlu tahu.

Tanda 1: Payudara menjadi lembut

  • Anda mungkin dapat rasa payudara anda menjadi padat dan berat.
  • Warna puting payudara anda juga berubah menjadi gelap berbanding kebiasaan.

Tanda 2: Mudah rasa letih

  • Jika hamil, kita lebih mudah rasa penat, letih terutamanya di awal kehamilan.
  • Anda juga rasa mengantuk dan lebih suka (memilih) untuk tidur.

Tanda 3: Perubahan emosi

  • Seperti bila datang period, wanita yang baru hamil juga mengalami perubahan hormon.
  • Perubahan hormon ini boleh menyebabkan emosi wanita tidak stabil terutamanya di awal kehamilan.

Tanda 4: Mudah pening

  • Antara tanda-tanda yang sering berlaku di kalangan wanita hamil ialah mudah rasa pening, sakit kepala.
  • Hal ini terjadi kerana perubahan hormon ataupun tekanan darah rendah.

Tanda 5: Loya dan muntah

  • Biasa dengar kan, bila kita dah mula loya dan selalu muntah-muntah, itu adalah tanda awal hamil.
  • Namun bergantung juga kepada individu, ada orang tak alami pun simptom loya dan muntah ni. Ada orang, tak boleh bau sesuatu, makan sesuatu, terus rasa nak muntah.

Tanda 6: Alah pada bau makanan

  • Walaupun makanan tersebut adalah makanan kegemarannya atau makanan yang selalu dimakan, namun perubahan hormon ketika hamil, menyebabkan wanita ini alah kepada bau makanan tersebut.
  • Wanita yang hamil sangat sensitif kepada bau, terutama di awal kehamilan.

Tanda 7: Sering buang air kecil

  • Apabila kita hamil, buah pinggang kita akan memproses lebih urine.
  • Saiz uterus juga semakin membesar dan ini menyebabkan lebih tekanan pada pundi kencing kita.

Tanda 8: Spotting

  • Spotting (iaitu keluar darah yang sangat sedikit) semasa waktu sepatutnya datang haid, atau mengalami rasa kejang (cramp).
  • Spotting berlaku disebabkan atau menandakan bahawa telur yang berjaya disenyawakan sudah melekat pada uterus.

Tahniah! Anda Hamil!

Jika anda mengalami antara 8 simptom ini, anda boleh buat ujian sendiri dengan menggunakan pregnancy kit yang boleh didapati di farmasi, klinik. Sesetengah orang, mudah untuk detect bahawa mereka hamil, apabila ujian pregnancy kit tersebut keluar 2 line. Namun, ada juga sesetengah kes dimana bila buat test menunjukkan negatif (hanya keluar 1 line), tapi period masih belum datang dan simptom-simptom ini semakin dirasakan. Instinct seorang ibu sangat kuat. Jika anda rasa anda hamil tetapi test negatif, anda boleh segera berjumpa dengan doktor untuk scan dan pemeriksaan lanjut. Dapatkan kepastian daripada doktor samada anda benar-benar hamil atau ada masalah lain.

Apa-apa pun, pastikan anda jaga kesihatan anda. Amalkan pemakanan sihat, jangan lakukan kerja-kerja berat, jaga persekitaran (pastikan bersih). Ini adalah sebagai persediaan untuk anda jika hamil. Anda juga boleh mula mengamalkan pengambilan supplement setiap hari agar kandungan anda lebih kuat dan sihat.

Anda boleh mendapatkan Set Prenatal Shaklee yang lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan oleh seorang ibu hamil. Set ini boleh diamalkan seawal anda ingin ikhtiar hamil.

Anda boleh menghubungi KakMah untuk mendapatkan Set Prenatal anda. Untuk dapatkan lebih penjimatan, anda boleh mendaftarkan diri anda sebagai ahli Shaklee, dan dapatkan discount sekitar 10-20% untuk setiap barangan Shaklee. Yuran keahlian hanyalah RM75 sahaja.

Untuk info lanjut, hubungi KakMah.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *