• Supplement Untuk Dibawa Semasa Umrah

    Alhamdulillah, ramai yang baru selesai menunaikan ibadah Haji baru-baru ini. Dan sekarang, ramai juga yang berlumba-lumba ingin ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Sudah semestinya, menjadi salah satu impian untuk dijemput ke rumah Allah kan? Di situlah kita boleh menunaikan ibadah sebaiknya dan lebih mendekatkan diri pada Allah. Namun kadang-kadang perubahan cuaca, persekitaran, buat kita “gagal” melawan jangkitan. Justeru mulalah rasa nak demam, selsema, batuk. Hal ini sedikit sebanyak boleh mengganggu kita untuk khusyuk dalam beribadah. Sebab itu, sebolehnya kita ingin sihat, bertenaga sepanjang berada di sana. In Shaa Allah, semua dengan izin Allah jua. Ramai yang buat macam-macam persediaan untuk ke Mekah. Jangan lupa untuk turut sama buat bekalan…