• Supplement Untuk Ibu Menyusu

    Ibu menyusu sangat memerlukan nutrisi yang lengkap dan mencukupi supaya dapat kekal bertenaga, dapat membantu menghasilkan susu yang berkualiti. Ramai salah faham dengan pengambilan supplement. Mereka beranggapan, bila makan supplement, susu terus melimpah ruah, tanpa perlu berpenat lelah untuk menyusukan anak setiap 2 jam sekali, pam susu. Penghasilan susu terjadi apabila ibu kerap menyusukan anak, kerana dari situlah ada nya “demand”, iaitu keperluan untuk menghasilkan susu. Jika ibu tak rajin nak menyusukan anak atau pam, maka susu boleh drop sebab tiada demand. Ibu perlu faham, konsep penyusuan yang sangat penting ialah “supply & demand”. Jika ada “demand”, barulah ada “supply” (susu terhasil). Pengambilan supplement membantu ibu untuk kekal bertenaga, tidak…

  • 6 Kunci Kejayaan Untuk Berjaya Menyusukan Anak

    Zaman sekarang ni, breastfeeding atau penyusuan susu ibu bukanlah lagi sesuatu yang janggal di dengar. Malah, pihak hospital juga amat menggalakkan penyusuan susu ibu. Ini disebabkan oleh khasiat dan nutrisi dalam susu ibu itu adalah sangat bernilai dan tiada tolok bandingnya. Sebagai contoh, ada bayi yang mengalami masalah prolong jaundice disebabkan oleh susu ibu. Namun, doktor tak suruh stop menyusukan anak, tapi doktor suruh teruskan kerana tidak ada komplikasi kesihatan lain (seperti berkaitan dengan hati bayi). Ini adalah pengalaman KakMah sendiri selepas melahirkan anak pertama. Anak KakMah prolong jaundice sehingga usia hampir mencecah 3 bulan. Alhamdulillah, kesihatan anak baik dan KakMah dapat menyusukan anak sepenuhnya tanpa perlu rasa bimbang. Setiap…

  • Tips Galakkan Suami Sokong Breastfeeding

    Seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya perlukan sokongan, dorongan, dan semangat daripada orang di sekelilingnya, terutama suami. Ya, suami amat memainkan peranan penting untuk memastikan ibu berjaya dalam penyusuan susu ibu (breastfeeding). Ramai ibu cepat mengalah, putus asa, penat sebab orang sekeliling asyik kata, “susu tak cukup tu, bagilah susu botol”, bila tengok baby selalu menangis. Dan si suami yang tak faham konsep breastfeeding pun, mulalah sokong kata-kata tu, dan belikan susu formula. Suami memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu isteri berjaya menyusukan anaknya, sehingga sekurang-kurangnya usia anak ialah 6 bulan. Paling digalakkan ialah sehingga usianya 2 tahun. Penyusuan susu ibu ini pasti berjaya jika ada sokongan suami. Bagaimana…

  • 12 Tips Mudah Untuk Tambah Susu Ketika Pam

    Menjadi kerunsingan ibu-ibu apabila melihat jumlah susu yang dipam tidak banyak. Paling sedih dan membimbangkan apabila dari sehari ke sehari, jumlah susu semakin sedikit, tapi anak memang bergantung pada susu ibu sahaja. Tidak kiralah samada anda seorang ibu yang memang 100% pam (exclusive pumper), ibu bekerja yang pam setiap hari di ofis, atau apa sahaja lah. Jika pam susu ni memang menjadi rutin anda, anda pasti ingin pastikan hasil pam anda sentiasa consistent dan mencukupi untuk anak. Setuju tak? KakMah juga kadang-kadang mengalami masalah yang sama. Susu drop, terutama bila datang period. Dan ada kalanya pun, bila stress, letih pun boleh membuatkan susu drop. KakMah ada jumpa 12 tips mudah…