• 8 Sebab Kesuburan Suami Isteri Boleh Terganggu

    Pasangan berkahwin ni ada masanya dikurniakan rezeki zuriat awal, ada yang lewat. Tapi kita sebagai manusia, perlu ikhtiar bersungguh-sungguh untuk capai sesuatu. Selain daripada doa, tawakal pada Allah. Bab zuriat ni, bergantung juga pada tahap kesuburan kita. Ada pasangan yang tiada masalah. Sebab tu rezeki mereka, dapat zuriat awal. Namun ada juga di antara pasangan yang diuji dengan masalah kesuburan. Dan ini menyebabkan isteri sukar untuk hamil. Masalah kesuburan bukan hanya pada wanita. Lelaki juga ada tahap kesuburan mereka. Malah, kesuburan lelaki adalah sangat penting sebab sperma mereka berjuang untuk sampai ke ovum isteri dan bersatu. Jika sperma suami lemah, kuantiti tidak mencukupi, maka kebarangkalian untuk isteri hamil juga tipis.…

  • Period Kembali Stabil dan Berjaya Hamil

    Wanita ni ada masanya kitaran haid (period cycle) tetap, ada yang tak tetap. Kitaran haid bermaksud tempoh daripada hari pertama datang period hingga ke hari pertama datang period yang seterusnya. Faham? Contoh, 19 Oct Hasnah (bukan nama sebenar) datang period. Kemudian 19 Nov, Hasnah datang period semula. Jadi, kitaran haid Hasnah ialah 32 hari (19 Oct – 19 Nov). Kitaran haid yang tetap bermaksud setiap kitarannya mempunyai tempoh yang hampir sama 28 – 32 hari. Manakala jika tidak tetap, tempohnya boleh jadi 30 hari, 40 hari, 35 hari. Pada mereka yang ingin ikhtiar untuk hamil, kitaran haid ini sangat penting untuk diambil tahu. Jangan pandang sambil lewa sahaja. Jika ada…