• 15 Makanan Bantu Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan

    Ada orang yang sangat mudah untuk jatuh sakit. Apabila terlalu penat, stress, mulalah rasa nak demam, selsema pun mula wujud. Ini mungkin merupakan salah satu simptom bahawa sistem ketahanan badan (imunisasi) anda tidak kuat. Sistem imunisasi merupakan sistem semulajadi dalam badan kita untuk melawan segala jenis bakteria, virus, kuman, parasit, yang boleh menyebabkan kita lemah dan jatuh sakit. Sistem imunisasi yang kuat membantu menjadi penghalang utama yang menghalang “penceroboh” ini daripada memasuki badan kita. Jika sistem imunisasi lemah, maka senanglah untuk berjangkit atau terkena penyakit seperti demam, selsema, batuk. Penting untuk kita menjaga tahap kesihatan kita. Kita perlukan badan yang sihat, kuat untuk meneruskan rutin harian seperti biasa. Jika kita…