• Selsema Berlarutan Jangan Dibiarkan

    Baru-baru ini, anak sulung KakMah, Aisy, dimasukkan ke wad kerana demam panas. Sebenarnya dah hampir sebulan lebih Aisy selsema. Dan selsemanya tak kebah mana pun. Pernah surut sebab ambil antibiotic Augmentin, tapi bertahan seminggu aje. Lepas tu, Aisy selsema semula. Selepas balik dari Ipoh, Aisy mula demam semula. Kali ni, panas sungguh badannya. Dah makan ubat demam, tapi tak kebah sangat pun. Lantas, KakMah pun bawa Aisy berjumpa panel dan minta reference letter untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Swasta. Suhu badan Aisy masa ni 39.0°C. Sampai di hospital, doktor dengar paru-paru, takde pula kahak atau abnormal yang lain. Tapi disebabkan Aisy dah pernah ambil antibiotic, doktor pun minta Aisy…

  • Ketahui Info Tentang Pneumonia

    Pernah dengar tak tentang Pneumonia? Pneumonia ialah jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan sakit. Bermula dengan batuk, demam, dan pernafasan yang sukar. Pneumonia ini biasa kita dengar terjadi di kalangan bayi, kanak-kanak. Namun dewasa juga boleh mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria ke dalam paru-paru. Kebiasaannya, kita lebih cenderung terkena jangkitan kuman ini selepas kita mengalami masalah selsema. Selsema menyebabkan diri kita sukar untuk melawan jangkitan kuman. Justeru, lebih cenderung untuk mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia juga boleh berlaku sekiranya anda juga merupakan pesakit kronik seperti asma, penyakit jantung, kanser, kencing manis. Apakah simptom Pneumonia? Batuk. Berkemungkinan batuk berkahak, yang…