• Tips Susu Meriah Semasa Pam / Perah Susu

    Antara dilema atau kesukaran ibu yang bekerja dan menyusukan anak adalah semasa pam susu di tempat kerja. Semakin lama ibu bekerja, hasil perahan susu semakin berkurangan. Sehinggakan ibu risau dan menjadi stress sebab susu berkurangan dan tak banyak seperti sebelumnya. Betul kan? KakMah nak share tips macam mana untuk bantu ibu yang pam atau perah di tempat kerja, untuk mendapat hasil yang meriah. Mudah-mudahan, Allah mengizinkan dan mempermudahkan urusan ibu-ibu. Tips / Faktor Berjaya Pam Susu Waktu terbaik untuk pam susu adalah awal pagi, sebelum subuh. Ini kerana hormon prolaktin adalah tinggi dan dapat membantu menghasilkan lebih banyak susu. Adalah penting untuk ibu stress-free semasa pam. Ibu yang berada dalam…

  • 6 Tips Jayakan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerjaya

    Salah satu kerisauan yang ada pada ibu bekerjaya adalah bagaimana untuk menjayakan penyusuan susu ibu selepas kembali ke rutin bekerja. Bekerja di syarikat yang mesra penyusuan susu ibu adalah satu kelebihan kepada ibu. Tetapi untuk mereka yang mempunyai masalah, bagaimana pula? Kami ingin kongsikan dengan anda beberapa tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Penuhi minda dengan Ilmu ❥ Ibu perlu mula belajar tentang penyusuan susu ibu. ❥ Pelajari teknik dan kaedah yang betul, serta apa yang diperlukan untuk menjayakan proses ini ❥ Sertai kelas-kelas laktasi yang dianjurkan oleh pihak hospital kerana mereka akan mengajar anda kebaikan susu ibu, kaedahnya, dan banyak lagi tips menarik Pelajari permulaan menyusu yang betul ❥…