• Selsema Berlarutan Jangan Dibiarkan

    Baru-baru ini, anak sulung KakMah, Aisy, dimasukkan ke wad kerana demam panas. Sebenarnya dah hampir sebulan lebih Aisy selsema. Dan selsemanya tak kebah mana pun. Pernah surut sebab ambil antibiotic Augmentin, tapi bertahan seminggu aje. Lepas tu, Aisy selsema semula. Selepas balik dari Ipoh, Aisy mula demam semula. Kali ni, panas sungguh badannya. Dah makan ubat demam, tapi tak kebah sangat pun. Lantas, KakMah pun bawa Aisy berjumpa panel dan minta reference letter untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Swasta. Suhu badan Aisy masa ni 39.0°C. Sampai di hospital, doktor dengar paru-paru, takde pula kahak atau abnormal yang lain. Tapi disebabkan Aisy dah pernah ambil antibiotic, doktor pun minta Aisy…