• Jangan Abaikan Masalah Tekanan Darah Tinggi

    Tekanan darah tinggi ni merupakan pembunuh # 1 yang paling senyap di dunia. Ia dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana ia jarang menunjukkan simptom yang ketara. Tekanan darah tinggi boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak kira wanita atau lelaki, tua atau muda. Persekitaran boleh menyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi seperti stress, pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, merokok. Sekiranya anda mengambil bacaan tekanan darah, dan bacaan anda lebih daripada 140/90 untuk tempoh yang lama, anda adalah pesakit yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi. Pemakanan seimbang, terutama mengurangkan pengambilan garam dalam makanan harian, boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi nutrisi diperlukan seperti potassium, kalsium,…