• 5 Masalah Biasa Dihadapi Wanita Hamil

    Wanita hamil sering berdepan dengan masalah kesihatan, sekiranya tidak menjaga pemakanannya serta tahap kesihatannya setiap hari. Boleh dikatakan, masalah-masalah ini adalah masalah yang seringkali kita dengar terjadi di kalangan wanita hamil. Di antara masalah ini, ada juga yang tidak kurang bahayanya. Pelbagai komplikasi kesihatan boleh berlaku bukan sahaja pada ibu, malah juga pada bayi dalam kandungan. Antara risiko sering kita dengar ialah kelahiran pra-matang, iaitu kelahiran awal sebelum tempoh 37 minggu. Hal ini sangat merisaukan kerana penjagaan bayi pra-matang adalah tidak sama dengan bayi lain. Mereka sangat fragile, tahap sistem imunisasi mereka sangat lemah berbanding bayi yang dilahirkan selepas 37 minggu. Oleh itu, ibu perlu jaga kesihatan mereka dan juga…

  • Keputihan Semasa Hamil – Mungkin GBS

    Keputihan bukan hanya berlaku pada wanita bujang, anak dara. Keputihan juga boleh berlaku sekiranya anda sedang hamil. Seperti sebelumnya, ibu perlu perhatikan jenis keputihan yang ibu alami. Sekiranya keputihan tersebut putih, tidak likat, hanya berbau sedikit sahaja, itu dipanggil Leukorrhea, dan ia adalah normal. Sekiranya keputihan yang ibu alami adalah pekat, berwarna sedikit kehijauan atau kekuningan, berbau sangat tidak menyenangkan, ini adalah sesuatu yang tidak normal. Namun begitu, untuk setiap jenis keputihan yang ibu alami, jangan rahsiakan daripada doktor. Adalah penting untuk beritahu doktor atau jururawat yang merawat, agar rawatan atau ujian susulan boleh dilakukan. Pernah dengar tentang GBS? GBS ialah “Group B Streptococcus”, iaitu sejenis bakteria yang tinggal di…