-
Sembelit Ketika Berpantang Diatasi Dengan OsteMatrix
Ibu berpantang sangat sinonim dengan masalah sembelit. Memang seringkali kita dengar, terutama ibu yang baru sahaja lepas bersalin, mengalami kesukaran untuk membuang. Mungkin kerana trauma, mungkin juga kerana kekurangan nutrisi atau kurang air, menyebakan ibu mengalami masalah sembelit. Sakit sembelit ni sebenarnya tak dapat nak dibayangkan. Kita rasa nak membuang, sakit perut, tapi tak dapat nak keluar. Jika dipaksa, boleh menyebabkan luka pada bahagian dubur kita. Sembelit berlaku apabila pergerakan usus kita menjadi sukar atau tidak kerap. Sekiranya seseorang itu jarang membuang, mungkin seminggu kurang daripada 2 kali, risikonya untuk menghidap masalah sembelit ni lebih tinggi. Ibu selepas bersalin akan mengalami 2x kesakitan daripada orang lain. Sakit selepas bersalin dan…
-
7 Tips Kurus Lepas Bersalin
Benda pertama yang ibu risau sangat adalah kenaikan berat badan semasa hamil, dan bagaimana nak turunkan badan semula selepas bersalin. Sekurang-kurangnya hingga mencapai berat badan asal atau dapat berat badan yang lebih ideal (means lagi kurus daripada sebelum hamil). Memang menjadi idaman setiap ibu yang ingin kelihatan kurus dan maintain, walaupun dah beranak-pinak. Nak jaga body, kata orang tu. Selain daripada untuk kelihatan lebih confident, cantik, maintain, sebenarnya memang penting untuk kita jaga/kawal berat badan kita selepas bersalin. Sebab, kita perlukan badan kita sihat untuk jalani rutin harian sebagai seorang ibu atau wanita bekerjaya. Bila berat badan naik, ia boleh menyebabkan kita cepat penat, letih. Emosi kita juga mudah terganggu…
-
Rabun Selepas Bersalin – Betul ke?
Jujur kata, memang orang tua ni banyak sangat pantang larang terutama ketika berpantang. Biasalah, ibu-ibu baru lepas bersalin, memang kena jaga betul-betul kesihatan mereka, badan mereka. Supaya apa yang kita lakukan semasa pantang tu, tak memudaratkan di kemudian hari. Kadang tu, kesan tak nampak pada jangkamasa pendek, tapi mula kelihatan bila dah bertahun-tahun. Contoh seperti angkat benda berat, ibu jari kaki terlanggar benda keras, pemakanan tak dijaga dengan baik. Pernah dengar tak orang tua selalu berpesan juga, kurangkan membaca semasa berpantang. Kalau dia nampak kita membaca, atau zaman sekarang ni mengadap laptop atau smartphone, confirm kena ceramah. Kononnya, kalau membaca ni, boleh buat kita pening, sakit kepala, rabun. Tapi, sejauh…