Breastfeeding,  Ibu Menyusu,  Memerah Susu,  Panduan Penyusuan,  Pengambilan Supplement,  Set Menyusu,  Susu Ibu,  Wanita

Supplement Untuk Ibu Menyusu

Ibu menyusu sangat memerlukan nutrisi yang lengkap dan mencukupi supaya dapat kekal bertenaga, dapat membantu menghasilkan susu yang berkualiti. Ramai salah faham dengan pengambilan supplement. Mereka beranggapan, bila makan supplement, susu terus melimpah ruah, tanpa perlu berpenat lelah untuk menyusukan anak setiap 2 jam sekali, pam susu.

Penghasilan susu terjadi apabila ibu kerap menyusukan anak, kerana dari situlah ada nya “demand”, iaitu keperluan untuk menghasilkan susu. Jika ibu tak rajin nak menyusukan anak atau pam, maka susu boleh drop sebab tiada demand. Ibu perlu faham, konsep penyusuan yang sangat penting ialah “supply & demand”. Jika ada “demand”, barulah ada “supply” (susu terhasil).

Pengambilan supplement membantu ibu untuk kekal bertenaga, tidak cepat penat, kawal emosi supaya ibu lebih kuat untuk menyusukan anak mereka dengan kerap. Bila ibu tak bertenaga, ibu rasa sangat-sangat letih, sekaligus ibu rasa “malas” atau tak mampu nak susukan anak. Lantas, jadi give-up. Sebab itu, ibu perlukan nutrisi seimbang untuk memastikan ibu dapat mengatasi semua masalah ini dan dapat menyusukan anak dengan baik.

Ibu menyusu amat memerlukan protein, vitamin C, kalsium, omega-3, vitamin B, zat besi, dan penambahan nutrisi alfalfa. Kesemua nutrisi ini bukan hanya untuk ibu, malah juga dapat diserap oleh bayi melalui susu yang mereka minum. Ibu perlu faham bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, terutamanya bayi baru lahir. Sebab dari situlah mereka mendapatkan nutrisi seimbang, untuk bantu perkembangan diri mereka. Samada dari segi minda, tulang yang kuat, sistem imunisasi yang kuat, dan banyak lagi.

Set Menyusu Shaklee dapat membantu memberikan nutrisi seimbang dan lengkap untuk keperluan ibu menyusu dan juga untuk bayi. Sebab itu, KakMah amat menggalakkan ibu-ibu yang ingin berjaya dalam proses penyusuan susu ibu, untuk mengamalkan set lengkap ini.

Dari pengalaman KakMah sendiri, bila KakMah tak dapat nak consistent sesetengah nutrisi (atau produk), sebagai contoh kalsium, KakMah tidak dapat tidur yang lena, sakit-sakit badan kembali, dan proses pembuangan juga tidak berjalan dengan lancar. Paling KakMah perasan, terutama bila waktu datang haid, susu sangat drop bila KakMah tak makan Ostematrix (kalsium). Sebab wanita yang datang haid, nutrisi dalam badan mereka boleh berkurangan. Itulah pentingnya pengambilan supplement untuk ibu menyusu.

Bila KakMah tak amalkan vitalea, vitamin C, b complex, ESP pula, KakMah perasan susu juga tak berapa pekat. Susu agak cair, tak seperti waktu KakMah consistent mengamalkan supplement tersebut.

So, ibu-ibu yang ingin menyusukan anak, anda perlu mendapatkan set ini. Dan anda sendiri boleh rasakan kelainan apabila anda mengamalkan supplement. Tapi perlu ingat, ibu masih perlu kerap menyusukan anak dan pam. Barulah susu baru terhasil.

Bonus untuk ibu-ibu, KakMah kongsikan sedikit tips untuk ibu-ibu amalkan supaya dapat membantu ibu menghasilkan susu yang banyak dan paling penting, berkualiti. Pastikan ibu mengamalkan pengambilan air secukupnya, pastikan pengambilan protein mencukupi, kawal stress, sentiasa urut payudara, dan paling utama sekali ialah ambil alfalfa sebagai makanan tambahan (supplement).

Ini kerana Alfalfa terbukti dapat membantu ibu menyusu, kerana ia mengandungi bahan yang dapat membantu meningkatkan production susu dengan cara stimulate tisu payudara dan menghasilkan susu.

Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement ini, anda boleh menghubungi KakMah untuk keterangan lanjut dan untuk order.

Anda juga boleh mendaftar ahli untuk mendapatkan harga ahli yang lebih murah daripada harga biasa (less 10-20%). Yuran pendaftaran hanyalah RM75 sahaja.

*Disclaimer*

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *