B-Complex,  CoQ-trol Plus,  GLA Complex,  Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kesihatan Jantung,  Kesihatan Wanita,  Kesuburan,  Panduan Kesihatan,  Pengambilan Supplement,  Set Kesuburan,  Testimoni Set Kesuburan,  Vita-E Complex,  Vitamin

Supplement Bantu Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Semasa KakMah dikenalkan dengan supplement Shaklee, kawan KakMah suggests beberapa supplement untuk bantu tingkatkan tahap kesuburan sebagai ikhtiar untuk hamil. Masa tu KakMah baru sahaja beberapa minggu selepas keguguran kandungan pertama. KakMah terima dengan hati yang terbuka sebab kawan tu pun, kawan baik KakMah juga. Takde la kata terasa hati ke, makan hati ke. Kan? Hehe. Sebab KakMah tahu niat beliau sebab nak bantu KakMah.

KakMah sebenarnya bermula dengan full set untuk kesuburan. Lengkap dengan protein, vitamin c, multivitamin. Sebab kebanyakan testimoni yang KakMah jumpa, mereka amalkan full set. So, KakMah pun samalah cuba supplement yang sama. Tapi disebabkan tak consistent dan tak yakin, Allah tu belum beri keizinan lagi masa tu. Mungkin juga sebab Allah nak uji kami lagi.

Bila kami berjumpa dengan pakar, doktor pakar tak terus suruh kami buat rawatan IVF atau rawatan lain yang memakan kos yang mahal (ada mencecah ribuan ringgi tau). Tapi doktor menyarankan kami untuk amalkan supplement. Ya, doktor pakar ni sangat percaya pada kepentingan nutrisi dalam badan yang membantu meningkatkan kualiti sel kita. Dan pentingnya pengambilan supplement ni.

Doktor masa tu mencadangkan 2 vitamin untuk suami. KakMah pula, doktor suruh teruskan pengambilan asid folic. Wanita yang ingin hamil dan sedang hamil, wajib amalkan asid folic untuk mengurangkan atau mengelakkan masalah kecacatan pada baby.

SUAMI

  • Vitamin E untuk membantu menyokong pengeluaran sperma yang berkualiti serta membantu mencegah daripada kerosakan sperma.
  • CoQ-Trol Plus untuk membantu meningkatkan mobiliti sperma dan juga kualiti sperma, serta dapat meningkatan kuantiti sperma.

ISTERI

  • B complex lengkap dengan asid folic, serta dapat membantu mengawal stress.
  • GLA complex membantu menstabilkan hormon dan menghasilkan lendir serviks yang bantu meningkatkan kesuburan.

Setelah berjumpa dengan pakar, barulah kami betul-betul consistent mengamalkan supplement Shaklee ni setiap hari without fail. KakMah ingatkan suami untuk ambil supplement beliau setiap hari supaya sama-sama dapat manfaat. Tapi tahap kebergantungan hanya pada Allah, bukan pada supplement semata. Setiap hari juga, kami berdoa memohon agar Allah permudahkan usaha kami ni. Akhirnya lebih kurang 2 bulan amalkan, KakMah disahkan hamil. Boleh ikuti cerita KakMah selanjutnya di post lain.

Jika anda ingin mendapatkan supplement Shaklee ini, boleh click link e-sell sekiranya anda ingin membeli secara online menggunakan credit atau debit card.

Anda juga boleh menghubungi KakMah untuk dapatkan konsultasi khas dan percuma.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *