Status Halal

Status Halal Shaklee

Ramai bertanya, Halal ke product Shaklee ni? Tak ada logo Halal JAKIM pun. Betul tak? Mesti ada yang terlintas di fikiran, terutama pada mereka yang baru nak mengenali tentang supplement Shaklee. Jangan risau, anda bukan keseorangan. Sebab memang ramai bertanya begini. Jadi, hari ini, KakMah nak terangkan serba sedikit tentang status HALAL product Shaklee yang dipasarkan di Malaysia.

Shaklee dihasilkan di kilangnya di luar negara. Dah tentu, timbul keraguan sekiranya product Shaklee ini adalah Halal. Kerana, JAKIM adalah Jabatan Kemajuan Islam MALAYSIA, yang hanya bertapak dan meng-audit syarikat pengeluaran makanan/ubatan/lain-lain di Malaysia sahaja. Tapi, tahukah anda, di luar negara juga terdapat badan-badan Islam yang memantau tahap kebersihan sesuatu produk tersebut dan mengklasifikasikan jika produk itu adalah halal atau tidak.

http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=bW9kdWxlcy9jZXJ0aWZ5X2JvZHk7Ozs7&utama=CB_LIST

Shaklee mendapat pengesahan Halal daripada Islamic Services of America (ISA). Badan ini adalah salah satu badan antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh click icon Adobe tu, nanti akan keluar 1 file dalam format pdf. Terus ke mukasurat 49, dan anda boleh lihat logo ISA ini ada di dalam senarai. Updated bulan September 2017 tau.

Kenapa tak ada logo Halal pada botol Shaklee?

Setiap badan mempunyai polisi masing-masing. Tidak semua badan Islam wajib meletakkan logo Halal pada produk yang telah diluluskan. Bergantung kepada syarikat produk masing-masing. Yang penting, setiap tahun, Shaklee akan pastikan sijil Halal dikemaskinikan.

Jadi, yakin kan yang produk Shaklee adalah Halal? Untuk mendapatkan supplement Shaklee anda atau jika ada sebarang pertanyaan lagi, boleh hubungi KakMah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *