B-Complex,  ESP,  OsteMatrix,  Set Hamil,  Vitamin C

Set Mengandung Shaklee – Memenuhi Nutrisi Ibu

Assalamualaikum..
Hari ni, shima nak kongsi dengan sahabat2 yg dh bergelar ibu (sama ade tgh hamil atau dah bersalin n tgh pantang) tentang produk vitamin Shaklee yang sgt sesuai untuk ibu2.. Kenapa? Sebab vitamin Shaklee adalah sgt semulajadi, tiada bahan sintetik, dan halal.. Alhamdulillah.. dan vitamin Shaklee akan bantu dalaman ibu untuk menghasilkan vitamin yang penting utk bdn kita, tapi x dpt dihasilkan sendiri oleh badan kita..
Apa vitamin yang ada, shima? Hehe.. sabar.. saya boleh explain satu persatu.. tapi sebelum tu, biar saya terangkan secara ringkas dulu, agar ibu2 ada idea apa yang Shaklee ada.. Ok?
Tahukan ibu2 bahawa ibu memerlukan nutrisi yang secukupnya sewaktu merancang untuk mendapatkan zuriat, sewaktu hamil, semasa berpantang, dan semasa menyusukan baby yg comel itu? Ini kerana nutrisi yang lengkap dan menyeluruh mampu untuk menyihatkan lagi badan ibu, malah dpt meransang pembesaran dan kesihatan baby sejak dr dalam rahim kita lg.. mcm yang semua pun tahu, apa yang kita mkn, baby pun makan.. apa yang kita dgr, lihat, baca, semua kelakuan kita semua baby boleh rasa.. subhanallah.. indah sungguh ciptaan Allah..
Sewaktu ibu2 hamil, si ibu membawa janin yang mempunyai beratnya sendiri di dalam rahim si ibu. Nutrien yang terdapat dalam badan si ibu juga akan dikongsi bersama baby di dalam rahim, maka nutrien untuk si ibu sendiri akan berkurang. Hormon si ibu juga akan sedikit sebanyak menjadi tidak seimbang dan sudah tentu, berat badan si ibu akan bertambah dr semasa ke semasa..
Mengapa Nutrisi Penting untuk Si Ibu yang Hamil?
  • Untuk kesihatan ibu agar ibu berupaya untuk mengandung bayi sehingga ke saat dilahirkan
  • Untuk perkembangan bayi yang sihat
  • Mengurangkan komplikasi sewaktu saat melahirkan baby
  • Mempercepatkan proses pemulihan
Mengapa Nutrisi Penting untuk Si Ibu selepas baby dilahirkan?
  • Paras hormon dan saiz uterus si ibu akan kembali seperti biasa (seperti sewaktu tidak hamil)
  • 25 – 85% wanita akan mengalami keadaan sugul selama beberapa hari selepas melahirkan (postpartum
Mengapa Nutrisi Penting untuk Si Ibu semasa Berpantang?
  • Untuk mempercepatkan proses pemulihan dalaman dan luaran
  • Bagi pengeluaran susu yang banyak
  • Mengurangkan kebarangkalian untuk baby dijangkiti penyakit
  • Meningkatkan tahap kesihatan (mengurangkan osteoporosis, sakit bahu/punggung)
Apakah Nutrisi Penting yang Si Ibu Perlukan sewaktu Hamil?
  • Zat Besi – Vita-Lea Iron Formula
  • Asid Folik – B-Complex
  • Protein – Energizing Soy Protein (ESP)
  • Kalsium – OsteMatrix
  • Vitamin C – Sustained Release Vita-C Plus

Vita-Lea Iron Formula

  • Dirumus khas dengan 28 vitamin penting dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang optimum dan bertenaga
  • Meningkatkan hemoglobin dalam badan (mengangkut oksigen dalam darah) dan mengurangkan potensi mengalami Anemia
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang matang

B-Complex

  • Mengandungi asid folic yang meningkatkan sistem penyerapan bioaktif
  • Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B
  • Pengambilan asid folic di awal kehamilan dapat mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%
  • Menyokong kesihatan sistem saraf ibu, penghasilan hormon, dan sel-sel darah merah, serta menghasilkan tenaga

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Mengandungi 9 keperluan asid amino yang lengkap
  • Bebas laktosa secara semulajadi
  • Bebas kolesterol secara semulajadi
  • Mengandungi soya yang tidak diubahsuai secara genetic (GMO)
  • Protein penting bagi penghasilan susu ibu
  • Protein diperlukan bagi pembinaan blok-blok asas dalam badan bayi dan juga si ibu

OsteMatrix

  • Penyerapan terbukti secara klinikal dan bioavailability
  • Kalsium OsteMatrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam diambil
  • Kalsium penting untuk pembentukan tulang yang kuat dan sihat bagi si ibu dan baby yang bakal dilahirkan

Sustained Release Vita-C Plus

  • Penting untuk penghasilan kolagen yang dapat membina tulang rawan
  • Bertindak sebagai sistem imunisasi dalam badan yang dapat membantu melawan jangkitan dan penyakit
  • Mengandungi bahan semulajadi yang meningkatkan fungsi vitamin C

Omega Guard

  • Digalakkan untuk si ibu dari trimester 3
  • EPA dan DHA dalam diet wanita hamil akan memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi
  • Dapat mengurangkan risiko alahan kepada baby
Alhamdulillah.. rasa nya setakat ni dulu saya share dengan sahabat2 sy… nutrisi yang diperlukan untuk ibu hamil.. in shaa ALLAH, ada kelapangan lagi, saya akan update pula supplement yang sesuai untuk ibu semasa berpantang.. nantikan entri nya nnt eh? Hehe.. 
Ingat ye, sahabat.. Setiap apa yang kita lakukan, hanya lah suatu usaha dari diri kita sendiri.. selebihnya, kita redha dan tawakal dengan ketentuan Allah s.w.t. Banyak kan berdoa dan istiqamah dalam berusaha.. in shaa ALLAH, Allah pasti akan bersama kita dan membantu kita

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *