Selamat Hari Raya 2017 / 1438H

Maafkan kami. Dah masuk minggu kedua raya, baru nak up post ucapan hari raya ni. Al-maklumlah, super busy sikit. Cuti seminggu. Lepas tu, masuk kerja mulalah kerja banyak bertimbun. Hehe. Namun, Alhamdulillah, kami merayakan Aidilfitri tahun ini dengan penuh kemeriahan, ditemani dengan ibu bapa, semua adik-beradik, anak-anak buah. Memang meriah sangat tahun ni rasanya.

 

Kalau perasan la kan, baju Aisy lain masa ni. Huhu. Kesian dia. Aisy sebenarnya dan sepatutnya berbaju melayu warna hitam. Tapi pagi raya tu Aisy tak sihat sikit. Demam dan muntah. Maka, habislah baju raya baru dia. Tak dapat nak pakai. Sedih sangat masa tu. Sebab tu gambar raya kami tak sedondon. Takpe, nanti kami bergambar sekali lagi, and this time, mesti sedondon. Hehe.

Alhamdulillah, petang tu Aisy recover sikit. Dapatlah bergambar dengan mood yang happy dan tak meragam. Risau gak kami nak bergambar petang tu. Sebab risau mood Aisy masih lagi tak ok. Sejak kebelakangan ni, memang perasan Aisy cepat recover dari demam/selsema/batuk. Kalau dulu, lepas putus susu badan, seminggu baru nampak reda dan kebahnya. Tapi sejak KakMah campurkan Meal Shakes dalam susu formula dia, nampak perubahan positif dari segi kesihatannya. Dah lah jenis susah sangat nak makan ubat. Berperang dengan dia kalau nak bagi ubat tau. Syukur sangat sebab nampak perubahan positif dalam diri Aisy lepas amalkan Meal Shakes ni. Dan satu lagi best yang KakMah nampak, selera makan dia bertambah. Walaupun tak nak sangat makan nasi, tapi dia nak makan roti, telur dadar / mata, mee sup / goreng. Syukur sangat. Dulu payah benor tau nak ajak dia makan. Now, dia sendiri minta. “Mi, nak ti ngan tella” (read: ummi, nak roti dengan nutella). Hehe. Alhamdulillah.

KakMah hanya campurkan satu scoop je ke dalam susu Aisy. Sehari bagi sekali atau dua kali aje. Meal Shakes multivitamin dalam bentuk serbuk. Memang sesuai untuk kanak-kanak. Rasa vanilla. Bau sedap sangat tau. KakMah bau pun rasa teruja.

Uolls kalau ada masalah anak yang kerap tak sihat, picky eater, disarankan sangat cuba bagi mereka Meal Shakes ni. Info lanjut, boleh roger KakMah okeh.

*Disclaimer*

Leave a Reply